BILA PERGI KEDAI SENDIRI... BARU TAHU BARANG MAHAL

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum...

SAMBAL Udang Petai ni, Sk masak Sabtu lepas pada hari kembirikan anak-anak bulus yang Sk ada cerita sebelum ini. Plan asalnya pada hari itu, sementara tunggu mereka siap dari program kembiri tu, kami akan menghadiri dua jemputan kahwin tetapi Sk risau pulak nak pergi majlis yang menghimpunkan ramai ni, dalam masa yang sama, Pak Inche kata tak sedap kepala, jadi petang tu Sk fikir lebih baik masak dan makan di rumah sahaja.

Orang kata, tak lengkap Udang Sambal tanpa petai, jadi lepas ambil budak-budak tu Sk terus singgah ke kedai, beli petai sebungkus, RM10, pisang sesisir RM9+ (tokojut omak kau), dan sawi pak choy empat pokok, jumlah semua RM20+, erkkkk.. sesekali pergi kedai sendiri baru terbeliak mata membayo, selalu tunggu jer barang sampai kat dapur, huwa huwa huwa.

Udang ni yang kami beli kat Kong Kong Laut, Masai tu la.. harga RM48 sekilo tak boleh kurang tapi bagusnya boleh pilih sebab ada sesetengah tempat dia tak bagi kita pilih. Tapi yang geram masa bersihkan tu, udangnya macam dah tak fresh. Kulit pun dah melekat dengan isi. Jadi, Sk buang kulit bahagian tengah tu siap-siap, kalau dah bersambal melekat nanti tak best pulak masa makan kan.

Sebab tu macam pelik bila ada orang yang komplen mahalnya harga lauk udang di restoran. Bayangkanlah udang sekilo ni baru 17 ekor, masuk petai, masuk cili kering, bawang, serai, halia, minyak, garam, gula kau bajet kedai makan boleh jual dua inggit sekor ke? Adakah mereka ni memang tak pernah pergi beli barang runcit atau tau makan sajork, hahahah.

Tu belum lagi kira harga sewa kedai, api air dan gaji tukang masak dan pelayan. Sedang Kita beli kek kuih-muih terus dari owner pun sekarang dah mahal, belum guna orang tengah dan caj sewa kedai, malah perniagaan tu pun belum tentu ada lesen atau tidak, huhu.

Apo nak dikato....




Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Mahalkan harga barang dapur. Sekarang bawa dua tiga ratus, barang yang dapat macam tak berbaloi dengan harga.

    ReplyDelete
  2. kan? nak murah masaklah sendiri, tu pun belum tentu kos murah kikiki

    ReplyDelete
  3. Minggu lepas wak pergi pasar tani nak cari kerang.
    Tenguk harganya RM18.00 se kg, terus tak jadi beli.

    ReplyDelete
  4. Mahal sungguh kan. Sebabkan teringin beli la 5-10 ekor. tu pun dah serupa seringgit sekor.. Haiya~

    ReplyDelete
  5. betul! harga sewa kedai pula bukan tetap kan.. sbb tu mahal diorg jual

    ReplyDelete
  6. Harga barang dapur sekarang memang mahal..kalau dulu RM50 bleh beli macam- macam barang..sekarang RM50 tu macak RM10 je kan...kos hidup dah makin tinggi

    ReplyDelete
  7. saya setujuuuuu dengan semua di atas!! hahaha

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!