Assalamualaikum...
AKIBAT hanya makan Muffin tengahari semalam, sudahnya Sk kelaparan menjelang petang.
Terbayang-bayang Nasi Lemak Daun Pisang yang Pak Inche beli kelmarin di gerai dalam taman. Memanggil-manggil betul dan bila nampak nasi lemak setimbun dalam dulang yang mahu mengikut pulang. Sampai rumah, Iman teruja nampak bungkusan nasi lemak sebab dia pun sedang lapar rupanya, hahaha.
Nah... Nasi Lemak Sambal Paru dan Telur Rebus yang dibungkus betul-betul dengan daun pisang. Sebab apa Sk cakap bungkus betul-betul? Sebab banyak kali Sk kena, beli NLDP, tidak dibungkus sempurna sebaliknya hanya meletakkan daun pisang di permukaan nasi, Tipah Tertipu rupanya, huhu.
Sedap betul nasi lemak ni sampai Iman kata tak cukup sebungkus. Memang sengaja Sk beli tiga bungkus saja sebab dah plan malam nak makan Chicken Chop. Kalau dah kenyang makan nasi lemak, mana nak datang nikmat makan ayam grill, ye tak?
aduih... sedap betul nasi lemak daun pisang
ReplyDeletesungguh sedap
DeleteAroma daun pisang tu menambah wangi nasi lemak. Sebiji telur rebus ye. Untung betul. Selalunya seco'et jew telur rebus kalau nasi lemak bungkus daun pisang kan.
ReplyDeleteoh, telur tu separuh jer
Deletenasi lemak klu balut dgn daun pisang, confirm sedap baunya kan
ReplyDeletenasi lemak daun pisang memang jarang2 jumpa skang ni kan..
ReplyDeletemain poker dengan banyak penghasilan
ReplyDeleteayo segera hubungi kami
WA : +855969190856