NASI GORENG SALMON PANGGANG DAN KISAH DUIT

Seri Kandi Tanah Jauhar
10

 Assalamualaikum...

MASA punggah-punggah harta karun dalam peti ais sebelum panaskan murtabak Iman tadi, Sk terserempak ternampak sekeping salmon yang dah rupa plastisin. Cuma nampak warna oren aje, tekstur belang putih yang membentuk corak salmon pun dah ilek. Disebabkan Iman dan Pak Inche tak makan salmon la, Sk malas nak makan sorang tapi kunun beli jugak sebab nak jaga diet, kahhhh. Orang dua beranak tu bukanlah tak makan salmon, tapi tak minat. Pak Inche pulak, lepas duduk Jerman seminggu kerana bertugas, terus kembang tekak tengok salmon sebab katanya kat sana hari-hari tulah yang dihadap, hahaha. Teringat pulak masa Sk ikut trip ke Pekanbaru, Riau, macam tu jugaklah. Dari tengahari sampai malam makan ikan baung sampai dah tak tertelan, hihi. 

Jadi, disebabkan Iman dah cakap, dia cuma nak makan murtabak yang Pak Inche beli kat pasar malam semalam tu hari ini, Sk fikir terlanjur dah panaskan pan grill tu, lebih baik Sk terus bentangkan salmon tu, haha. Salmon cuma direnjis dengan lada hitam cincang kasar dalam botol, garam pun tak letak sebab lada hitam tu dah siap garam. Oh, sebelum tu, Sk gorengkan nasi terlanjur ada nasi lebih dan belen-belen lok lok, kita kasi clear peti sejuk terus.


Takyahlah ambil gambar murtabak Iman tu, sama jer rupa murtabak sebelum-sebelum ni, hehehe. Nahhh.. baru siap makan dan kemas dapur ni sebenarnya. Hari ni bolehlah beronok-ronok di rumah sebab BDR. Kain baju pun semua dah siap lipat sambil duduk depan laptop, hahaha. Esok kena masuk pejabat pulak. Dah rasa tak seronok. Tak seronok sebab apa? Sebab kerja sorang-sorang, hurmm.. tapi macam seronok jugak kerja sorang. Tapi, macam tak seronok, seronok ke tak ek sebenarnya, ada pro dan kontranya. 

Tahun 2020 ni, dah macam tahun berehat-rehat. Alhamdulillah, tidak diuji dengan masalah kewangan, masih ada gaji, dapat moratorium dan merasa duit i-lestari. Kagum campur tersentak jugak sebenarnya apabila ada sorang kawan beritahu dia tak mohon i-lestari sebab tak ada masalah kewangan. Rasa tersampar muka kita dengar, rasa macam takde duit sangat ke aku sampai mohon i-lestari tu. Duit ada tapi tak banyak, gituuu.. Malah, kalaulah i-sinar tu semua ahli boleh memohon, pasti akan Sk pohon jua, dah alang-alang ada peluang, kan. Nak tunggu umur 50 tahun macam lambat nau nau, hahahaha.

Nilai DUIT...
DUIT.. tak boleh bawak mati, tapi tak ada duit rasa macam nak mati
DUIT.. tak boleh beli kasih sayang, tapi kasih sayang boleh melayang bila tak ada duit
DUIT.. tak boleh beli tidur, tapi tak ada duit, tidur pun tak lena
DUIT.. tak boleh beli kesihatan, tapi nak sihat perlukan duit
DUIT.. tak boleh beli kebijaksanaan, tapi nak belajar kena ada duit
Orang bodoh nampak cerdik bila ada duit, tapi orang cerdik nampak bodoh bila tak ada duit
DUIT.. memang bukan segalanya
Tapi segalanya memerlukan DUIT!


Post a Comment

10Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Sama kesnya dengan kawan Lin kak, dia kata, suami Lin keje, banyak duit, tak payah amik kisah pasal duit kwsp ni semua..
    dia tak tau kalau boleh dna layak mohon, memang aku suruh laki mohon..duit tu segalanyaaaa okay

    ReplyDelete
  2. SA pun kureng skit ngan Salmon, maybe sebab rasa dan texture dia..apapun SA makan Kepala Salmon..buat kari sedap woooo...Duit...sekarang walau org cakap apa la sgt duit..harta dunia je pun..tapi kalau xde duit camne nak hidup kan...

    ReplyDelete
  3. Sedapnya 😋
    Lama CH tak masak salmon grill..
    Ye lah dah tak pergi Aeon mall sejak PKP ni..

    ReplyDelete
  4. lama saya tak makan salmon, teringin pulak hehe

    ReplyDelete
  5. Dikedinginan malam ini inginku layangkan warkah rinduku padamu Salmon. Betapa aku sudah lama tidak bertemunya dalam pingganku.. Kenapa kaunjual mahal Salmon.. Datanglah kau Salmon.. Hihihihi

    ReplyDelete
  6. wak takde KWSP
    Nasib baik harga sawit naik

    ReplyDelete
  7. Salmon tu rasa dia biasa-biasa saja, tapi disebabkan banyak khasiat dan kebaikannya, saya pun menyukailah juga sebab bersebab ... ahaks!

    ReplyDelete
  8. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong, bandar66, perang bacarat dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)
    WA;+855969190856

    ReplyDelete
  9. Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye📢😉
    Assalamualaikum salam sejahtera warga group📢

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit gout kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.

    2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba saya ni. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺👍🏻

    3) banyak pengalaman dah saya berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan gout. Ramai yg dh pulih.

    4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dan lain lain

    5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.


    Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .💪🏼


    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
    Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.

    ..........................................................................
    ▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
    Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
    Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
    Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
    ....................................................................................................................................................
    ▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah semakin sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
    ..........................................................................

    ▪️ Kanser Limforma B - cel tahap 4

    En Shahrizal Taib, 41 tahun, pesakit kanser Limforma b cell tahap 4 ketulan di paru paru 8 cm pernah kena tebuk paru2 sebab berair ,tahun 2020. Dia mula minum jus herba pada tahun 2021. Pernah jalani kimoterapi 8kali dan radioterapi 15kali. Dia minum jus herba ini semasa dalam kimoterapi dan badan terasa bertenaga, tidak mengganggu proses kimo malah amat memberi tenaga tidak seperti pesakit lain yg tak minum herba. Herba bukan beri tenaga saja tp merawat sampai sembuh.


    Call order wasap@call- En Mohd Zuhairi Bin Noordin- 017-4687570

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!