ASAM PEDAS AYAM LADA HITAM & GENG-NYA DI HARI KE 4 PKPB 2.0

Seri Kandi Tanah Jauhar
10

 Assalamualaikum...


RINDU betul nak makan nasi berlaukkan Asam Pedas Ayam Masakan sendiri. 
Kalau ikutkan orang Johor masak asam pedas, wajib ada daun kesom tapi memang dah tak ada menanam pokok kesom dan malas pulak nak mencari daun kesom di kedai, Sk hanya memasukkan daun limau purut. Bagi menambah aroma Johorean, Sk tambahkan lada hitam yang ditumbuk kasar serta yang masih berbiji, berasap betul asam pedas bonda, kata Iman, hehehe.


Ada yang merajuk kalau tidak digorengkan ayam nanti. Tapi yang geram, bila ada ayam goreng, ayam gulai pula tidak dimakan. Sk jer la yang syok sendiri makan dua keping ayam dari gulai asam pedas. Sk sejak kecik memang tak diajar makan ayam goreng. Kalau jumpa pun bila pergi kenduri tahlil atau doa selamat, itupun dapatlah secubit dua sebab katanya budak-budak tak bagus makan ayam banyak-banyak. Sebab tu samapai tua ni pun Sk lebih suka ayam yang dimasak gulai, tapi kalau dah ada depan mata, kita balun juga, hihi.


Memang masa ke kedai hari tu, Sk beli seketul kubis kecil, jadi hari-hari bersayur kubislah kita. Ini pun setiap kali dimasak, cuma masak suku aje dan SK jugaklah yang syok menambah-nambah sayur masa makan. Sk adik beradik memang jenis pemakan sayur. Kalau masak sayur harus sebeban tapi tulah pelik, kuat makan sayur dan besar pulak badan masing-masing. No wonderlah lembu makan rumput jer pun bukan main tebal lemaknya kan, hahahaha.


Pelengkap geng asam pedas, tentulah telur dadar. Kalau dalam family Sk dulu, goreng telur dadar mesti ada hirisan lada merah dan bawang tapi untuk dua beranak ni takyah membazir sebab hanya telurnya yang dimakan. Takkan Sk aje nak jadi tukang perabih bawang dan lada, hahaha. Sk ni pulak, dalam pemikiran setiap benda yang dimasak tu ada khasiat. Contohnya, dalam cili merah tu.. banyak vitamin C tau dan juga megandungi antioksidan yang boleh mencegah pelbagai penyakit. Ni, semua tu susun kat tepi pinggan, kalau dengan ibu Sk memang tak berani laaa kitorang susun bawang dengan cili tepi pinggan, semua kena kasi licin, hahahaha.

Resepi Asam Pedas Ayam Lada Hitam

Setengah ekor ayam (potong kecil atau ikut citarasa)
2 batang serai diketuk
1" halia hiris 
1/2" lengkuas hiris
2 senduk cili kering yang dikisar bersama bawang
Minyak untuk menumis
1 sudu asam jawa adabi + 1/2 cawan air (kacau rata)
Garam secukup rasa
Daun limau purut
2 sudu lada hitam ditumbuk kasar
1/2 sudu lada hitam biji

Cara-cara :

1. Panaskan minyak masak dalam periuk, tumis bahan kisar bersama serai, halia dan lengkuas.
2. Tumis bahan tersebut hingga pecah minyak, tambah air jika perlu dan tumis lagi hingga cantik tumisan, tambah air sedikit-sedikit secukupnya.
3. Masukkan ayam, masak ayam hingga empuk  dan lembut barulah masukkan air asam jawa, daun limau purut, lada hitam dan garam.
4. Renihkan sebentar dan bolehlah ditutup apinya.

Post a Comment

10Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. sedapnya asam pedas ayam..my favourite!

    ReplyDelete
  2. Tak pernah lagi makan asam pedas ayam..biasa makan ikan je...nanti nak cuba la

    ReplyDelete
  3. sedap! harini menggulai jenahak :D

    ReplyDelete
  4. Sedapnya asam pedas, selalu Eina masak asam pedas ikan jer, jarang masak asam pedas ayam ni. tQ sk share resepi asam pedas ayam ni. Nanti sesekali nak buat juga la. Telur dadar tu kat rumah Eina memang wajib, bukan setakat mkn dgn asam pedas jer. Memang lauk wajib la. Hehe.

    ReplyDelete
  5. Emak saya pun sama SK.. Kalau makan nasi wajib ada ikan goreng. Paling tak oun kena juga ada ikan masin. Ayam/ikan gulai hanya untuk makan kuah jer. Dah terlekat sampai saya pun macam tu nak. Kena ada ikan /ayam goreng. Kalau ikan/ayam berkuah sahaja tak puas.. Tapi habia jugak la kalau depan mata. Hihihi

    ReplyDelete
  6. Hahaaa... telur dadar tu! Kalau saya goreng bubuh bawang bubuh cili, adalah tu yang menguis-nguis berjemaah! Pelik betul anak-anak tak boleh nampak bawang dalam telur dadar! Tapi diorang ni mudahkan kita rupanya. Kita dadarkan telur kosong jew, habis cerita, pinggan pun licin!

    ReplyDelete
  7. tak pernah makan ayam lagi tuk masakkan ni, selalu ikan.. ni menarik

    ReplyDelete

  8. menang dengan mudah bermain di IONQQ
    ayo segera daftar dan coba
    WA; +855 1537 3217

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!