KETUPAT PALAS, RENDANG DAGING DAN RENDANG HATI

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum...


SEMALAM, masa ke Bismi tu, Cikwa bagi Rendang Hati. Ibu suruh bagi Uda, katanya. Tengok rendang hati tu, teringat pulak Sk masih simpan lagi Rendang Daging dan Ketupat Palas Frozen, raya haji yang lepas. Eh, kiranya tahun lepas punya rendang dan ketupat laaa.. hahaha. Tapi, semuanya disimpan secara sejuk beku, masih elok lagi.

Jadinya, sebab nak makan rendang hati tu, Sk terfikir tentu sedap rendang hati tu makan dengan ketupat palas. Malam tadi, Sk keluarkan ketupat dan rendang daging yang dah jadi batu tu, letak di chiller. Pagi tadi, panaskan rendang hati dan rendang daging, ketupat palas Sk kukus, jadilah bekalan hari ini kongsi dengan kawan sepejabat sempena cuti raya esok, hahahahah.

Siap panaskan rendang, ceduk masuk bekas untuk bekalan, tinggalkan sikit dalam kuali, makan ngan ketupat... aiiii.. lupa pantang orang tua, jangan makan dalam kuali. Sedap.. sedap ya ampunnnnn. 

😝


Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Tak menolak kalau ada ketupat palas dan rendang ni. Bolehlah feel raya even bukan raya kita pun kan :)

    ReplyDelete
  2. Hahahaha kita kalau dapat ketupat palas tu, boleh makan sampai 5 biji Kak, lupa diri terussss

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!