NASI GORENG DAGING SEHELAI

 Assalamualaikum...

SEMALAM petang, lepas ambil Iman balik dari pejabat, kami ke Restoran Primadona di Taman Mutiara Rini. Tahu tentang restoran ini dari Nur, rakan JDT Blogger. Di sana, kami makan santai-santai jer. Tapi, tu nanti la ya, Sk cerita. Jadinya, kami bercadang, malam tu nak pekena tosei dan nan cheese di Bismi sahaja.

Tapinya, dah pukul 9 macam tu, waktu yang dirancang hendak keluar makan, tetiba Pak Inche kata, masak nasi ajelah. Dari siang sebenarnya kita dah tawarkan, makan nasi dengan lauk kari ayam, tapi dia menolak. Alasannya dah makan Nasi Lemak Legend sebungkus pagi dan sebungkus tengahari. Nasi lemak tu Sk beli pagi lepas hantar Iman ke pejabat.

Jadinya, Sk pun terus cuci beras dan tenggek periuk dalam rice cooker. Panaskan Kari Ayam yang Sk masak hari khamis, goreng telur mata dua biji tuang kicap, siapppp. Nasi Sk masak lebih, sebab nak buat nasi goreng pagi ni untuk sarapan dua beranak tu di rumah dan bekalan Sk ke pejabat.


Nahhh.. tayangan terus dari dalam kuali, hihi. Berangannya nak buat Nasi Goreng Udang tapi tak jumpa udang dalam freezer. Dah habis la tu, asyik masak udang.. udang.. udang.. lupa udang dah tak ada 😆. Masa cari udang, nampak beef slice tinggal selai, tu la jadinya Nasi Goreng Daging Sehelai, pun boleh 🤣

Walaupun dah bawa nasi goreng, tetaplah juga sempatkan sapu mentega pada roti dan bancuh nescafe, untuk sarapan dalam kereta. Nak makan nasi goreng, susah nak suap, roti paling senang. Nanti tengahari, baru makan nasi goreng. Itupun kalau sempat tunggu tengahari laaaa...

😜



Post a Comment

7 Comments

  1. Boleh la janji ada rencah kan...SA suka nasi goreng macam ni kering2...

    ReplyDelete
  2. Sedap nampaknya SK walaupun katanya sehelai je dagingnya :D

    ReplyDelete
  3. sehelai tu kalau untuk kita sorang cukuplah kot..heheheh

    ReplyDelete
  4. Kenapa entah... pagi tadi singgah sini tak boleh tulis komen pulak. Ni datang malam-malam pastinya sehelai daging itu sudah tinggal kenangan huhuhuuu!

    ReplyDelete
  5. Wahhh, sedapnyaaa! Haa..sempat sampai ke tengahari kerr nasinya tu..huhuuh

    ReplyDelete
  6. Nonton Film bokep kunjungi http://adultvideos.ml

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih