MAKAN SOTO DI HUTAN BANDAR

 Assalamualaikum...

HARI ni keluar kerja sama-sama dengan Iman berdua sahaja. Disebabkan masih awal lagi untuk Iman masuk pejabat, Sk mengajak Iman bersarapan dulu memandangkan program Sk akan hanya bermula jam 9 pagi. Macam biasalah di Johor ni, hari khamis ada program membudayakan Al-Quran yang masih lagi dibuat secara dalam talian.


Dua beranak sepakat nak makan soto nasi dengan dua bijik bergedil, hahaha. Nampak lauk-pauk untuk lontong kering, menggoda betul tapi kuatkan hati dengan niat asal, nak makan soto. Sambal kicap haruslah lebih, lepas tu pijar pulak bibir, haha.


Lupa pulak nak beritahu, kami makan di Hutan Bandar, JB. Di Johor ni, ada dua tiga tempat jugaklah yang dipanggil hutan bandar tapi kalau untuk sarapan, hutan bandar JB ni la yang paling femes. Sk dah mula makan di sini sejak mula bekerja tahun 1996 tau dan hutan bandar ni beberapa kali juga melalui proses pemulihan kerana struktur bangunan yang dibuat dari kayu semasa awal pembinaannya dulu.

Tadi, nampak beberapa orang makan Bakso, macam teringinlah pulak. Tungguuuu minggu depan la nampaknya.. kikikiki.
😜


Post a Comment

5 Comments

  1. Enth bila la nak lepak JB sambil JJCM ni...

    ReplyDelete
  2. Sedap nampaknya. Next ke JB nak ajak SIL sarapan kat luar. Kasi dia rehat masak

    ReplyDelete
  3. kita lama dah tak singgah makan kat Hutan Bandar tu. Kalau tak dulu sebelum pandemik ada ja breakfast kat situ dengan family.

    ReplyDelete
  4. kita sekali je jejak hutan bandar ni... hahaha nmpk gaya esok kena singgah la kejap :D

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih