SAMBAL TELUR PECAH

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum...

MASIH ingat lagi, kali pertama makan Sambal Telur Pecah ni di rumah kawan Along yang terletak di Desa Rahmat. Seingat Sk la, ibu tak pernah masak Sambal Telur Pecah ni. Kalau Sambal Telur Rebus ke, Telur Pindang ke, Telur Mata ke, ada. Tapi, pecahkan telur ke dalam sambal macam tak ada. Berbalik cerita masa makan di rumah kawan Along tu, rasa sedap betul sambal telurnya. Ialah, makan kat rumah orang memang selalu sedap jer kan, hihi.

Ada jugaklah lepas tu percubaan masak Sambal Telur Pecah ni, tapi tak menjadi sangat. Tak sama rupa dengan sambal kawan Along, apalagi rupanya, memang tak jadi nak sama. Agaknya kena berguru dengan kawan Along tu, lupa pulak siapa nama kakak tu 


Tengahari ni, hati tekak tetiba rasa nak makan Sambal Telur Pecah. Nampak siapa punya post tah kat facebook tadi, hahahah. Jadi, terus cuci beras dan masak nasi. Lepas tu, menumislah kita. Stok cili kisar pun dah siap, kan. Campak-campak, siapppp!


Masih tak dapat rupa yang sama dengan sambal kawan Along. Mungkin sebab Sk biar jer telur tu sebiji melebar dalam kuali, patutnya kena hancur-hancurkan sikit macam masak Telur Mabuk kegemaran Iman, hahaha. Eh, ni belum makan lagi, jadi tak tahulah jadi sama ke tidak rasanya tu. Masak pun guna resepi sambal tumis sendiri.


Goreng sikit ikan masin, nak bagi selera sikit. Dulu, memang tak pandai la nak makan ikan masin tu. Kalau makan nasi ambeng, ikan masin bulu ayam tu, Sk tolak tepi. Tapi, taklah kuat sangat Sk makan ikan masin, manjah manjah jer bagi rasa. Tak suka nak goreng jugak segala ikan masin ke, pekasam ke, sebab takut periuk nasi bocor, hahahaha.. hahahaha.



Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Telur kena pecah baru seiring namanya. hihi..tapi saya suka lagi pecah melebar macam ni. Ikan masin kalau goreng, jiran pun tumpang bau. Haa tulah tu, risau periuk bocor :)

    ReplyDelete
  2. Okey my fav tapi selalu buat x menjadi...

    ReplyDelete
  3. terus rasa lapar nampak sambal telur ni :)

    ReplyDelete
  4. Eh... Ingatkan sambal telur pecah jew, rupanya ada nama telur mabuk juga ye.

    ReplyDelete
  5. saya pun tak reti nak buat sambal telur pecah ni. pernah makan dulu dulu masa baru kahwin. arwah kakak ipar yang buatkan

    ReplyDelete
  6. uish...gandingan mantop tu ikan masin & sambal telur pecah.Kalau tambah ulam timun pulak sikit..aum

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!