IKAN CARU PANGGANG DAUN PISANG

 Assalamualaikum...

MACAM tahu-tahu saja Kak Sab yang hari ni, Sk mula diet (tipu). Dari awal dah tekad, hari ni nak ambil nasi separuh aje. Ceduk satu senduk aje, tak mahu tambah. Nak ambil ikan aje kalau ada ikan. Kalau tak ada ikan, ambil ayam aje. Kuah jangan ambil. Orang tengah diet, kena makan nasi kosong dengan lauk rebus atau bakar. Jadi, pilihannya ambil ikan atau ayam, jangan ambil kuah 😂.

Masuk jer, nampak lauk Ayam Sambal dan Ayam Kicap. Sebelahnya, ada kari ikan bawal. Ada sayur taugeh. Hurmmm.. nak ambil apa ni? Tiba-tiba nampak ada balutan daun pisang dalam dulang lauk. Seorang pekerja Kak Sab tunjukkan air asam dalam mangkuk, pencicah ikan bakar katanya, sambil tunjuk bungkusan daun pisang dalam tray.


Ikan Caru masih dalam daun pisang dengan air asam. Berpeluh-peluh makan sebab di pantri tak ada kipas. Kalau rajin, boleh hidupkan pendingin hawa dalam bilik mesyuarat supaya sejuknya meresap sampai ke pantri, tapi biasanya malas. Lagipun bos kata, jimatkan penggunaan elektrik. Baiklah bossss.


Dah ceduk nasi sesenduk, macam sikit jer, tambah lagi setengah senduk. Haishhh.. tak boleh percaya langsung dengan diri sendiri. Isnin diet, selasa diet, rabu diet, khamis nak puasa katanya.. tapi... awal-awal dah makan Soto kat Hutan Bandar... huwa huwa huwa 🤭






Post a Comment

4 Comments

  1. Ya ampuuunnn! Terliur tengok ikan caru yang cantik dalam daun pisang tu. Adeeehhh...air asam tuuu...terus kecur!

    ReplyDelete
  2. jujur, kalau PC ada lauk macam ni memang terpelanting jauh kata diet..hehehehe.

    ReplyDelete
  3. perghhh dia punya kuah caru kemain byk hehehe

    ReplyDelete
  4. terasa nak beli ikan ni juga weekend ni

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih