MAKAN-MAKAN DI RESTORAN PRIMADONA

 Assalamualaikum...

KADANG-KADANG buntu kepala otak ni memikirkan tempat makan-makan luar setiap hujung minggu. Yang dah lama follow Alam Sari di Tanah Jauhar ni, tahulah kan, jjcm setiap hari cuti adalah wajib bagi Pak Inche. Selagi tak diikut, selagi tu la dia berzikir. Yang geramnya, bila kita tanya nak makan di mana, dia tanya kita balik. Bila kita bagi cadangan, dia tak nak pulak. Ialah, tempat cadangan kita orang remaja purba ni, faham-faham sajalah, tak sesuai dengan jiwa orang purbakala 😅. Padahal lat umur bukan jauh pun, baru lima tahun.


Sabtu lepas, Sk memberi cadangan kami makan-makan di Restoran Primadona selepas membaca review Nur, rakan JDT Blogger. Menurut Nur, Restoran Primadona ni, dimiliki oleh ibu saudaranya. Restoran ini berkonsepkan gerai di mana terdapat sepuluh gerai (tak silap la kalau salah mintak ampun 😜) yang menawarkan pelbagai pilihan makanan. Antaranya, Nasi Ayam, Mee Kolok, Burger dan Masakan Panas Goreng-Goreng. 


Orang kelaparan balik kerja. Nasi Goreng Tomyam yang sedap, lengkap dengan sup dan keropok moni, Caramel Machiatto dan Biscoff Cake. Tu yang kekenyangan sampai tak makan malam, tapi dah pukul 11.30 malam boleh pulak layan ramen cup.


Ingatkan nak menikmati sepinggan Carrot Cake Goreng tapi belum lagi dibuka gerainya. Jadinya, Sk pesan sepinggan Mee Goreng Mamak Singapore. Bila pinggan mee diletakkan atas meja, terus terbayang Mee Sotong Penang. Memang sebijik pulak tu rasa saling tak tumpah cuma tak ada sotong kembang aje. Tapi dalam mee tu ada kacang peas, pelik la jugak ada kacang dalam mee tapi tetaplah licin dengan kacang-kacang sekali, hihi.

Pak Inche makan apo?
Dia punya lama nak pilih, tapi akhirnya pilih Char Kuey Teow, hurmmm. Tengok dia makan tak berbunyi, tak komplen apa, kira okeylah tu kan. Siap cakap, lain kali kita datang malam sikit, hehehe. Ialah, kami datang hari tu agak awal jugak, dua tiga gerai masih berbungkus lagi. Memang ingin nak datang makan Carrot Cake tu nanti. Tungguuuuu...!

😍😍😍

Restoran Primadona

No 2, Jalan Utama 44
Taman Mutiara Rini, Skudai

Tel : 012 719 1501

Buka setiap hari kecuali Jumaat
5 petang hingga 12 malam

Post a Comment

4 Comments

  1. Suami tanya isteri, isteri tanya suami..nak makan apa..nak makan kat mana..ingat PC dengan en suami je ada masalah ni..kikikikikiki.

    ReplyDelete
  2. ammi ni selalu...lagi banyak pilihan lagi tak reti nak memilih

    ReplyDelete
  3. sealau la alami masalah yang sama..nak makan apa...pas tu yg kita ni jawab..x kisah la...bila dah masuk dan duduk terus x tau nak makan apa...last2 makan benda yang sama...

    ReplyDelete
  4. Mee Goreng Mamak Singapore tu merah menyalo ler mak ngah.

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih