IKAN EMPURAU YANG TERMAHAL

Seri Kandi Tanah Jauhar
9

 Assalamualaikum...

DI SAAT semua orang bercerita tentang ikan siakap kayangan, Sk terpegun melihat harga yang dipamerkan di dinding akuarium yang menempatkan ikan empurau di Seafood Garden Restaurant ini. Ikan dari spesies kelah yang berasal dari Sarawak ini merupakan ikan air tawar dan dari saiz badannya, Sk menganggarkan beratnya mencecah satu kilogram. Di habitatnya, ia dikatakan hanya memakan buah-buahan yang jatuh ke dalam sungai tapi kalau di SGR ni, tak pastilah pulak diberi makan apa, hihi.

Tengok di internet, harga empurau dewasa boleh mencecah beribu-ribu ringgit sebelum dimasak ya. Hurmmm.. ada ke orang yang sanggup bayar sedemikian? Tentu ada, kalau tiada permintaan, takkanlah ada penawaran. Bagi sesetengah bangsa atau kaum, mereka percaya, makan makanan laut yang mahal akan membawa tuah. Jadinya, memang ada yang sanggup membayar untuk tuah di masa akan datang. Ia juga boleh dijadikan 'umpan' untuk mendapat tender yang lebih besar. Bukan rasuah tapi macam mengampu la 😂

Dah nak masuk hujung tahun ni, tak lama lagi, harga makanan laut tentu lebih mahal, terutama udang (bukan udang kolam) dan bawal putih. Kata Pak Inche, dorang dah pakai lipstick dengan kasut tumit tinggi, hihihi.


Tags

Post a Comment

9Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. abe kie cuma mampu makan ikan kembung n selayang je, tu pun dkt rm10/kg skrg...

    ReplyDelete
  2. nasib baik lah takda ngidam ikan mahai mahai ni. haha

    ReplyDelete
  3. Ikan siakap Tesco bolehlah beli dalam sekor. Tak sampai sepohengget. Kalau yang ini. Memang koyak poket.Hi3.

    ReplyDelete
  4. Mak aihh mahal nau segram pun. Ini dah masak memang beribu jadinya. Mampu tengok jelah ni. Pertama kali dengar dan tengok ikan empurau

    ReplyDelete
  5. Perghhh dh la x pernah makan empurau ni, sekali tgk harga bole pengsan hahah.. Ok la kita mampu makan kembung n siakap biasa je la kak hehe

    ReplyDelete
  6. Ni senang kira hihiiii... 100 gram = RM100. 1000 gram =RM1000. Baik beli emaslah kihkihhhh!

    ReplyDelete
  7. Ikan dari kayangan ni takut belaan puteri 7 bersaudara ja...kang makan terkena sumpahan..hihihi

    ReplyDelete
  8. lagi mahal ikan lagi mahu kita menghargainya,,,

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!