Assalamualaikum...
HARI Ahad tu, Sk dah cerita, kan.. yang Pak Inche ke Pasar Tani. Dia nampak ketam besar-besar tapi dia lupa, perkara yang Sk dah pesan banyak kali, kalau nak beli ketam, belilah selepas bulan mengambang penuh, jangan beli masa bulan gelap, nanti isi ketam tak padat dan kurang sedap. Terpedaya dengan saiz ketam tu, Pak Inche beli tiga ekor, bawa balik. Errr.. memanglah kena bawa balik, kan. Nak bawa ke mana lagi 😅?
Bila dia cakap jer beli ketam, Sk terus teringat, sekarang ni bulan dah tak mengambang. Tapi, nak buat macam mana, orang lelaki memang cepat lupa apa yang bini pesan. Kena pesan tiap-tiap hari. Eh, takkanlah pasal ketam pun nak pesan tiap hari, hihi. Ketamnya pulak semua jantan, memang tak ada yang betina, kata Pak Inche. Lepas tu semua sepakat, masak ketam hari isnin. Tak boleh simpan lama, nanti isinya kecut. Tak boleh juga masak hari selasa, sebab nak tengok Piala Malaysia, hahahahaha.
Okey lepas 2 hab kita cari ketam plak la....sedapnya...macam mana nak tau bulan mengambang penuh tarikh bila?
ReplyDeleteTengok haribulan hijrah, lepas 15hb tu timing baik punya
Deleteketam masak sendiri tu yg malas tu hahaa...
ReplyDeleteNasib baik dah siap siang dan dah belikan sos segera, hihi
Deletekenapalah PI tak pilih ketam betina
ReplyDeleteSekarang ni ketam betina musim bertelur
Tk ada yg betina wak, sume jantan jer yg tinggal 😅
Delete