Assalamualaikum...
SETELAH sekian lama tak pergi jemputan kahwin, semalam, Sk dan Pak Inche berdua memenuhi jemputan Walimatulurus Mr & Mrs Sabar. Siapa tu? Tak lain tak bukan, blogger paling femes di Johor juga Pengerusi Kelab JDT Blogger, Sis Lin, bagi meraikan majlis persandingan anaknda beliau Nurul Nazryyana dan pasangannya Mohammad Khidir.
(Sis Lin, pinjam gambar pengantin eh! 😅)
Dapat letak kereta baru, betul-betul depan Bizmilla Hall. Selepas imbas my sejahtera dan periksa suhu badan, anggota rela bertugas bertanyakan nama ibubapa pengantin. Ingatkan sesi soaljawab bagi mengelakkan tetamu tidak diingini, rupa-rupanya supaya tidak tersalah dewan, hahaha. Rupa-rupanya, terdapat tiga keraian pengantin di lokasi sama hari tu dan kami berada di dewan yang betul. Masuk jer dewan, nampak Sis Lin yang ceria menyambut tetamu yang baru sampai. Tiada sesi bersalaman hanya meletakkan sebelah tangan di bahu sebagai tanda salam. Walaupun wajah dilitupi topeng separuh muka, terserlah senyuman di mata masing-masing. Ternampak Sunah lambai-lambai dari jauh, kita lambai-lambai balik 😍
Disebabkan sampai pada waktu puncak, agak sukar juga mendapatkan meja kosong. Akhirnya dapat di tengah-tengah dewan. Sementara tunggu Pak Inche ambil makanan, kita selfie dulu buat kenangan.
Lepas tu, Sk giliran Sk pulak la ambil makanan. Macam selalu la, Pak Inche dah menyuap nasi dulu. Sedap katanya, macam orang utara masak. Betullah tu, kan. Bizmilla milik bekas juara Akademia Fantasia, Mila Jirin yang merupakan orang Penang (tak silap Sk). Tentunya ada ciri-ciri utara dalam hidangan yang disediakan oleh Bizmilla Catering.
Makanan disendukkan oleh pramusaji, jadi bukan salah Sk la ya kalau nampak pinggan penuh, hahahah. Hidangannya Nasi Beriani dengan Ayam Masak Merah, Daging Masak Hitam, Ikan Masam Manis, Dalca dan Acar Buah yang sungguh sedap. Ada pulak kuih kegemaran Sk, Cara Berlauk dan Kuih Tako. Minumannya, Oren Kordial dan Teh Tarik serta buah-buahan.
Sebelum balik, cari Sunah.. ehhh.. mana pulak pergi orang rumah Soleh ni. Lepas tu, Sis Lin kata, Kak Siti Delima atau nama fb nya, Che Ct, ada duduk kat hujung sana. Cepat-cepat cari dia, teringin nak jumpa blogger masak tersohor suatu ketika dahulu. Che Ct lebih cantik dan comel dari dalam gambar tau.
Dapat juga jumpa dengan Anak Omak ni. Dari jauh dah nampak Si Uyum, terus Sk tegur Uyum dulu, cuak terus muka Uyum kena tegur dengan peminat dah remaja purba. Kalau anak dara comel-comel agaknya lagilah menggelabah dak Uyum.. hahahaha.. hahahaha.
Meriah majlis kahwinnya. Syukurlah majlis kahwin sudah boleh disambut seperti yang diimpikan.
ReplyDeleteWah! Cik CT Delima pun ada. Memang comel dia!
Alhamdulillah. Syukur. Geles PC tau..hehehe. Gurau je. Tahnia Sis Lin. Selesai untuk majlis kali ini berlansung dengan lancar.
ReplyDeleteBestnya kenduri kawen jadi medan pertemuan para- para blogger...Sis Lin tgh lepak kepenatan agaknya ni kan....
ReplyDeleteHahahha ramai blogger melepak kt kenduri sis lin semalam hahaha tp semua pun x smept nak jumpa... Nasib la sis tegur kita hehee...
ReplyDeleteWahhhh.. bestnyaaa.. tak dapat sy jumpa dorang semua... Dah terlambat behtols... Hahhaaha..
ReplyDeleteWah meriah. Saya macam tengok artis (pada bloggers). Hehe.
ReplyDeletetahniah buat mempelai
ReplyDeletetahniah juga buat sis lin
Eh,dah kenduri ek Sis Lin..Last jenguk blog dia tengaj bz rebua telur pindang.menceceh air liur..Mana nak cari telur pindang ni...
ReplyDeleteAlhamdulilah, baru kesempatan nak komen sini..
ReplyDeleteMakaseh Kak Seri sudi datang dan memeriahkan majlis..
Nak borak semeja pun tak dapat Kak.. mohon maaf jika ad kekurangan..