Assalamualaikum...
MENGIKUT perancangan asal, selepas pekena Nasi Kandar Kampung Melayu, di sebelah malam, kami akan ke Padang Brown tapi disebabkan terlajak masa sehingga membawa ke maghrib, plan nak makan pasembur ditangguhkan. Malam tu, kami cuma lepak di bilik sambil pekena Teh Tarik 3 dalam 1 yang Sk bawa dari Johor, ngam-ngam tiga bungkus dapat dalam Hamper Raya. Sekarang kan, dah tak berapa minum air segera ni, tu yang baru jer perabis. Tu pun banyak yang dah dibagi-bagi orang.
Oh ya, masa tempah bilik, kami diberitahu sempena promosi apatah di Jen Hotel tu, kami dibenarkan check-out lewat dan Pak Inche minta untuk keluar pukul 2 petang. Jadi, lepas check-out, Pak Inche terus mengajak ke Padang Brown. Misi yang harus selesai katanya, sebab tak tahu lagi bila dapat mai. Aduyai.. Sk turutkan jugaklah, jaga perut dan jaga perasaan, kan.
Padang Brown ni antara tempat paling nostalgia di Penang, kan. Katanya, orang-orang Penang je yang akan ke sini. Pelencong-pelencong ramai yang suka ke Padang Kota atau Gurney Drive. Tengoklah bangku tu, kalau di Johor, memang dah tak nampak lagi bangku dan meja macam ni. Nampak jer kaki bangku tu kurus, tapi keras tau.
Setakat ni, cuma Mee Sotong di Padang Brown dan Noor Mee Sotong sahaja yang betul-betul sedap di tekak kami ni. Awal-awal dah pesan dengan Pak Inche, jangan pesan sampai tiga pinggan, hehehe. dulu, Sk ingatkan mee ini digoreng bersama sotong, rupanya mee goreng biasa yang diletakkan sambal sotong. Kesedapannya bergantung kepada rasa sambal sotong kembang dan kesedapan mee gorengnya la. Sk suka yang ni sebab dia tak ngelat letak badan sotong.
Laichikang, sedap betul dihirup masa cuaca sedang membahang. Alhamdulillah, sepanjang trip kali ni, cuaca baik-baik sahaja cuma renyai sikit masa beratur nak makan Nasi Kandar. Oh, ya .. rasa laichikang kat sini lain sikit la dari kedai tomyam di Johor. Mana sedap? Dua-dua sedap.
Ini yang paling Sk suka dengan Ais Kacang atau ABC di Padang Brown. Masih kelihatan asli dan tidak melebih-lebih dengan pelbagai warna dan perisa. Cukup susu dan sirap serta campuran rasa dari jagung berkrim dan kacang merah serta aiskrim vanila.
Lupa nak fokus pada Pasembur sahaja. Terkejut tengok apabila dihidangkan kepada kami padahal rasanya Iman pilih beberapa keping sahaja. Sk suka rasa kuah pasembuq yang tidak manis macam Pasembur di Kuala Ketil.
Besar kan portion Mee Sotong tu. Nasib baik cuma pesan sepinggan aje. Tak boleh bayang kalau pesan tiga pinggan, mahu mengah nak menghabiskan dengan nak perabih pasembuq tu lagi.
Hari tu tak sanggup beratur nak beli Ais Tingkap, mujur ada di sini cuma tidaklah asli.
Minuman yang dikatakan hanya boleh didapati di Pulau Pinang ini adalah campuran air sirap yang ditambah dengan bahan-bahan untuk menyejukkan badan antaranya selasih, kembang semangkuk, getah anggur, isi kelapa, air kelapa dan resepi rahsia iaitu sarbat dan dijual dari tingkap kedai sejak 100 tahun lepas. Kalau yang asli menggunakan ais yang diparut tapi yang Sk minum ni cuma diletakkan ais ketul. Hurmmm.. kena jugak cari yang asli ni.
Abaikan la muka Iman tu ya. Memang setiap kali dia tahu orang nak ambil gambar, suka buat muka macam tu. Tengok gambar-gambar trip ke utara ni, terus rasa rindu. Rasa macam nak pergi lagi. Lupa terus macam mana seksanya memandu beratus kilometer, menahan mengantuk, mengadap trafik perlahan dan beratur nak makan dan duit yang mengalir macam air.. hahahaha.. hahahahaha.
😝😝😝
menyelerakan semua makanan. iman tu memang mewarisi kelucuan pak inche ek hahaha
ReplyDeleteSelamat menjamu selera
ReplyDeleteSaya telioq laici kang & ais tingkap tu...ka sebab saya sedang haus🤭
ReplyDeleteTerliur tengik semua menu . Kalau pergi prnang memang wajib la makan pasembor & mee sotong
ReplyDeleteAlamak...mee sotong...dapnyaaaa....
ReplyDeletePergi Penang tak sah tak pekena pasembur. Mi sotong tu alahaii sedapnya. Ais tingkap tu kalau dapat minum masa cuaca panas memang syok haihh...
ReplyDeleteIman punya filter khas untuk JJCM mungkin tu :)