DINNER KFC SEMPENA PIALA MALAYSIA

 Assalamualaikum...

SEDANG berlangsung Perlawanan Akhir  Piala Malaysia (PM) yang menemukan Pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT)  dengan Kuala Lumpur City FC (KLC). Berita gembira, jika JDT menang, khabarnya orang Johor akan bercuti esok. Berita sedihnya, jika Johor cuti esok, Sk pulak terpaksa menghadiri Kursus Integriti yang telah dirancang lebih awal. Tapi, kemungkinan besar, akan ada cuti ganti. Kita tunggu sajalah keputusan perlawanan dan keputusan big bos.


Petang tadi, tetiba Iman minta Pak Inche ambil pukul 5.30. Alang-alang lagi setengah jam, Sk kata, biarlah Sk jer yang ambil. Sebenarnya Iman dah janji dengan PI, balik kerja nak singgah beli kfc sempena nak tengok final PM malam ni. Pak Inche kata, lepas ambil Iman, tunggu dia di KFC Damansara Aliff. Satu hal pulak Sk nak berpatah balik ke sana. Jadinya, kita beli dulu nanti buat tuntutan tunai, ya Pak Inche 😜


Sk ajak Iman ke KFC Perling sebab Iman kata, nak singgah pasar malam dulu beli pelam. Banyak pulak benda yang nak dimakannya. Singgahlah pasar malam, beli pelam, beli air strawberry, beli taufufa.. dah.. jom balik. Lepas beli kfc, terus masuk highway balik ke rumah. Terik memancar pulak matahari petang-petang ni.


45 minit sebelum sepak mula. Kali ni makan di ruang tamu aje sambil tengok berita. Haaa.. kisahnya Pak Inche pun singgah pasar malam juga. Beli buah, beli rojak cakue dan beli pelam juga.. penuh peti sejuk dengan pelam si anak dan si bapak, tapi tukang perabihnya, si emak, hahahaha.. hahahaha.






Post a Comment

1 Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih