Assalamualaikum...
BEBERAPA minggu yang lepas, Sk ada cerita yang CIP MYKAD Sk rosak dan hal ini cuma diketahui apabila Sk gagal memperbaharui lesen memandu di pejabat pos. Dugaan silih berganti, dahlah cip mykad rosak, kad atm pulak tamat tempoh dan geran kereta hilang 😆. Kad atm tamat tempoh tu, bukan masalah besar sebab Sk akan buat pindahan ke bank lain jika memerlukan tunai. Yang jadi masalah, geran kereta hilang, macam mana nak perbaharui cukai jalan? Nak buat di kiosk, mykad tak boleh baca. Pak Inche kata, boleh buat di kaunter secara manual. Iyo iyo aje. Dia paksa Sk buat hari ini, sebab dia cuti. Dia cuti la, kita ni kerja hari ahad. Ajak buat esok biar adil, sibuk katanya. Sibuk dia aje, sibuk kita tak nak kira. Jadi, kita mengalahlah isi borang keluar pejabat. Keluar waktu pejabat cuma dibenarkan tidak lebih empat jam sahaja ya. Kena punch out dan punch in.
Aduh baca pun penat. Boleh faham perasaan kerja senang jadi melarat.
ReplyDeleteKak Amie pun bukan jenis yang suka berurusan kecuali kalau dah terpaksa. Tapi syukurlah SK, walaupun ambil cuti kecemasan tapi segala masalah dapat selesai pada hari yang sama.
ReplyDeleteDokumen2 penting simpan elok2
ReplyDeleteJangan kang hilang lagi
Fuh, kita lak terasa penat. hehe Janji dah dapat isi perut okay la tu. Benda penting memang kena selesaikan dalam kadar segera.
ReplyDeleteAlhamdulillah dah settle..
ReplyDeleteNasib baik cip rosak.Kalau hilang atas sebab kecuaian kena denda..hihi
alhamdulillah dh setel... mmg jiwa kacau dibuatnya.. kami laki bini pun salu mcm tu... kalau nk uruskan sesuatu mmg akn paksa salah sorg ambik cuti sama.. haha
ReplyDeleteBanyak procedurenya. Saya baca pun dah penat apatah lagi yang melaluinya. Syukurlah semua dapat settle. Berbaloilah kiranya cuti sehari tu.
ReplyDelete