TELUR MASAK KICAP DAN IKAN GELAMA MASIN

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum...

MASAKLAH apa-apa.., jawapan Pak Inche bila Sk bertanyakan lauk apa yang nak dimasak untuk makan malam, semalam. Hah, dah habis idea agaknya tu, lalu Sk mencadangkan Telur Masak Kicap dan Ikan Gelama Masin yang baru dibeli dari Tanjung Dawai. Okay, jawabnya pendek. Ini sudah bagussss.. bolehlah Sk berehat sikit 😅

Kononnya, kalau tak banyak kerja memasak, bolehlah buat laundry. Pun tak.. sebab.. kepenatan menempuh kesesakan di jalanan. Itulah hakikat yang harus ditempuhi setiap kali balik kerja. Ikut jalan biasa pun jem, ikut highway pun banyak kereta jugak. Masing-masing berasak nak balik rumah, tak macam waktu pagi, boleh tenang-tenang memandu sambil kunyah roti dan hirup kopi 😍


Biasanya, kalau dipesan masaklah apa-apa saja tu, adalah lauk siap masak yang dibawa balik, rupanya tak ada. Balik lenggang kangkung dua beranak. Kalau Sk yang balik pukul 5 pun dah ngadap jem, apalagi orang yang balik pukul 6. Iman kata, dari Danga dah nampak kereta tak bergerak. Nak beli lauk pun tak ada kedai yang buka. Makanlah telur masak kicap dengan ikan masin sambil bergenang air mata. Mak okay aje, siap tambah nasi lagi 🤭

Okay, malam ni mak masak kari daging ya 😂
Tags

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Lauk jahat ni SK...lauk buat makan bertambah pas tu menangis di bucu katil

    ReplyDelete
  2. Lauk peberet Amat Kak, hari-hari pun takpe...

    P/s: Dah lajuu blog akak ni, senang klik masuk dan komen, takyah tunggu lama dah hehehehe

    ReplyDelete
  3. lauk beracun ni..beracun bagi PC sebab nanti asyik nak tambah nasi je kejenya..sikit-sikit tambah nasi kalau banyak kali separuh periuk nasi juga rompong.

    ReplyDelete
  4. Sedapnya ikan masin gelama.Beli dari Tanjung Dawai pula memang syok makan tanpa was-was...belacan mana..belacan..?🤭

    ReplyDelete
  5. Cukup dah ni SK, nak2 ikan masin Tg Dawai tu sedap!

    ReplyDelete
  6. halah halah lauk niii... lagi sedap dari chicken chop...huhuhuhu....

    ReplyDelete
  7. Lauk paling senang dan cepat siap masak. Sedap pun sedap. Bergenang air mata sebab sedap kan :) mak siap bertambah lagi tu. hihi

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!