SAMBAL SOTONG BUAT BEKAL

Seri Kandi Tanah Jauhar
2

 Assalamualaikum...


MALAM tadi, masak Sambal Sotong. Sebenarnya, Pak Inche minta masakkan Ayam Sambal tapi macam Sk cerita sebelum-sebelum ini (maksudnya dah banyak kali cerita), Sk tak suka buat kerja memasak dua kali. Ayam nak kena goreng dulu sebelum dimasak sambal. Kalau sambal sotong ni, sekali arung jer campak sotong dalam sambal, heheheh.


Jangan risau, tetap ada ayam goreng. Semua peha kan.. sebabnya, Iman beli (babah bayar) ayam ni kononnya nak masak ayam ala-ala 4fingers. Tapi manjangnya beli ayam bahagian peha la, kepak la.. semua akhirnya jadi ayam goreng babah 😅


Memang sengaja masak lebih sikit supaya Iman boleh bawa bekal. Tapi dah terlebih-lebih ni, dengan mak-maknya la sekali bawa bekal. Mendadar telur buat tambah-tambah lauk.


Tutup dengan tudung saji dulu bagi wap keluar. Bawa bekal memang jimat tapi nak menyiapkan tu kelam kabut jugak walaupun cuma panaskan nasi. Lauknya Sk tenggek atas pengukus sambil panaskan nasi.

Hurmmm.. malam ni malas la nak masak.. tapi nanti nak makan apo? Bosan dah makan kat luar.. 

😓



Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. sedapnya lauk..pssttt tudung saji tu menarik la..nmpak lain

    ReplyDelete
  2. demm, jadi geram pulak dgn sambal sotong mak yg sedap nihh

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!