MAKAN DAN MENGOPI DI JAMAICA BLUE LAGI

 Assalamualaikum...

KE JAMAICA Blue lagi, kali ini nak dinner sekali. Teringin pulak nak makan pasta di sana. Kalau di rumah, balik-balik masak Spaghetti Bolognese, kan. 

Wajiblah tepek muka anak tuan tanah di sini, kan. Jangan hairan la, baju dan tudung sama macam masa makan hari tu jugak. Ni bak kata kawan SK, bukan tak ada baju lain, tapi bila pakai baju lain tu, tak bergambar la pulak, hahahaha. 

Staf JB rekomen menu baharu mereka yang belum lagi dicetak dalam buku menu dan juga tiada di cawangan lain. Tapi, SK lupa la nama menu ni. Ia adalah hidangan Spaghetti dimasak cara Aglio Olio yang sedikit berkrim dan pedas ditindih dengan ayam bersalut, dicurahi sos keju yang mantap. 


Tuan tanah kedaung. Dua kali ke sini, dua kali duduk di meja yang sama. Tu takpa, siap angkut pokok hiasan di sebelah meja, letak atas meja, hahaha.


Mediterranean Chicken Spaghetti. Boleh pilih nak letak satu cili, dua cili atau tiga cili. Kita suruh letak tiga cili, dia kata nanti pedas sangat, u tak tahan. Okeylah, macam tu letak dua cili. Pedas manja la gitu. Tapi, memang betul-betul sedap masakannya. Masak sendiri, tak tahulah jadi ke tak.


Seperti hari tu, dapat ais krim percuma dengan dua keping biskut. SK pecah-pecahkan biskut, makan dengan ais krim.


Kali ini SK pilih Mocha. Adoi.. kembung perut menghabiskan segelas. Kopi di JB ni memang power la, malam tu pukul 2 pagi baru tidur.


Sea Salt kot namanya. Yang ni bukan kopi, tapi coklat putih. Macam Coklat Ais la tapi ni dia guna coklat putih. Manis.. terlalu manis, lain kali jangan ambil lagi air ni. Sebenarnya dah diingatkan pun minuman ni manis, tapi ketegaq jugak nak try.


Seronok lepak di JB ni tau sebab kedudukannya betul-betul di sebelah gelanggang Ice Skating. Tu kalau dapat duduk sebelah la. Masa kami datang kali ni, semua meja sebelah gelanggang tu penuh, ada satu kosong tapi macam tak selesa untuk kami yang bersaiz WWF ni, hahahaha. Tu laaa.. sape suruh makan banyak tapi malas senam kan.. hahaha.. adeh!

Jamaica Blue

(Berhampiran KFC)

Aras 4, Paradigm Mall, Johor Bahru.

Post a Comment

6 Comments

  1. Saya kopi law tiada kesan pada mata. Tepat waktu tidur, tidur tiada masalah tapi perasan beri kesan pada perut macam ditarik. Mrnu spageti yang dijual macam tiada dijual di tempat lain.
    Boleh cuba lain lagi.

    ReplyDelete
  2. air yg last tu nampak tempting nya la oiii hahahaha
    ada yg kena gi cari ptg ni kang hahha

    ReplyDelete
  3. Mesti kat sini pasang lagu2 Reggae...

    ReplyDelete
  4. Dak Iman ni kan...sajer jer,kalau ambil gambar tak buat muka lawak tak sah...hihihi...
    Nampak sedap betul menu baru tu

    ReplyDelete
  5. Okey masuk wishlist..kalau pi JB dalam masa terdekat nanti SA singgah sini..amboi Iman...cuma amik gambar x yang buat memek muka..nak tgok comel ke tak...

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih