Assalamualaikum...
SEJAK kecil, Sk gemar membaca. Menurut ibu, Sk mula lancar membaca pada usia 5 tahun. Mungkin bagi kanak-kanak zaman sekarang, ia tidak menghairankan tapi zaman Sk kanak-kanak dulu, Sk boleh dikategorikan budak ajaib la.. hahahaha. Sk suka baca buku Angah. Buku sekolah Along pun Sk suka belek. Arwah abah jugak suka membaca. Setiap hari, abah akan beli suratkhabar dari semua terbitan. Mujur sahaja abah tak beli akhbar bahasa cina dan tamil, hahaha. Jadi, Sk juga suka baca suratkhabar 😂
Tabiat suka membaca terbawa sampai sekarang. Cuma sekarang ni banyak baca mukabuku dari buku, hahaha. Asal buka buku, lelap. Kalau buka mukabuku, tahan pulak mata berejam-rejam.. haishhh!
Minat membaca ni, sampai Sk join beberapa kelab peminat novelis. Yang paling kenangan, sampai jadi ahli jawatankuasa. Kemudian, rapatnya hubungan sesama ahli tu macam dah kenal lama, dari alam maya sampai membawa ke alam nyata.
bestnya byk stok utk dibaca... sy pun dh kehabisan stok buku dh... kena masuk ke kedai buku dh ni.. feeling best bila dpt pegang² buku
ReplyDeleteYeay, kita geng ulat buku hehe...
ReplyDeleteMasa kecik2 dulu surat khabar pembungkus nasi lemak tu pun kita baca :D
Seronoknya ada geng ulat buku bagi hadiah buku. Bertambah koleksi buku. Selamat membaca :)
ReplyDeleteMemabaca Jambatan Ilmu
ReplyDelete