MILO LORI YANG NOSTALGIA

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum...


LORI Milo datang kolej pagi ini sempena Program Fit 21 anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar Kolej dengan bantuan pelajar dari Program Sistem Maklumat.


Program ini turut mendapat kerjasama Kelab Senamrobik Johor Darultakzim dan Agensi Antidadah Kebangsaan.


Bagi menjaga penjarakan fizikal, kehadiran pelajar terpaksa dihadkan. Lama tak bersenam, macam getah kering pulak rasa urat ni bila ada pergerakan. Tu baru angkat-angkat tumit, belum lagi angkat kepala lutut 😅


Lepas senam dapat upah milo, tapi kena patuhi SOP, ambil suhu dan beratur dengan jarak satu meter. Amboiii.. yang mak mak budak ke depan dulu.


Teringat masa sekolah dulu, gembira betul bila lori milo ni datang sekolah tapi sedihnya dapat secawan aje milonya, setengah aje pulak tu sebab ramai kot, takut tak cukup. 


Hari ni dapat minum puas-puas sebab milonya terlebih-lebih. Masa beratur ni jer dapat dua cawan, lepas tu dorang hantar satu jug ke pejabat. Kenyang la minum milo maknya 😜


Antara produk keluaran milo yang dipamerkan di lori milo. Tak pernah perasan pulak ada ruang pameran ni pada lori milo mungkin sebab ia terletak di bahagian kiri lori.


Setiap kali minum milo lori ni, mesti teringat kisah seorang pakar motivasi. Menurut beliau, air milo pertama yang diminumnya adalah milo dari lori yang datang sekolahnya ketika hari sukan. Yang sedihnya, baru minum seteguk, cawan milonya terjatuh. Hurmmm.. rasanya kalau sekarang dapat minum bertin-tin milo pun, kenangan milo terjatuh ni tentu sukar nak dilupa.. sedih sungguh.

😓















 





Tags

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. perghhhh legend lori milo ni...
    dapat minum sejuk2 memang heaven kan...

    ReplyDelete
  2. dulu minum sedaplah..
    sekarang nak minum macam...ehhhhh bersemut pulak shishi ni karang

    ReplyDelete
  3. Walaupun di rumah ada air milo, milo yg dpt pada hari sukan dari lori milo ini teramat lah sedap rasanya

    ReplyDelete
  4. Kalau uncle selisih dengan lori ni memang uncel tekan minyak kejar! Baahahaha

    ReplyDelete
  5. Nostalgia sangat ni kak.. kalau boleh nak tiga pat kali nak gi dekat van milo ni

    ReplyDelete
  6. Pelik kan...milo kat sini yang terpaling sedap x sama macam yang kita buat sendiri..nape erk...dia jampi2 ke..hahahahha

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!