BANANA CARAMEL YANG SANGAT SEDAP

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum...

HARI tu dapat lagi pisang tanduk dari rumah Angah. Memang setiap kali, ada aje pisang tanduk yang dah tak berapa muda untuk dibuat kerepek, kan. Selalu la, ibu suruh ambil. Kadang Sk buat PENGAT,  kadang GORENG, kadang buat CEKODOK. Nak dimakan begitu saja, macam beso sangatlah pulak kan, haha.


Bosan, asyik diolah dengan cara yang sama, Sk teringat pulak dengan Banana Caramel yang Sk makan di Teh O Ais 50 Sen. Bahan-bahan pun ada termasuk sos karamel ready made. Jom la kita buat dessert yang mudah ni. Nak guna pisang apa pun boleh tapi pisang yang tak terlalu masak la, nanti tak sempat nak masuk kuali dah terbarai, haha.


Mula-mula panaskan kuali non-stick, kemudian cairkan mentega. Sk suka guna salted butter, biar rasa masin-masin dan lemak sikit. Kalau nak guna margerin pun boleh tapi aromanya lain la kalau guna mentega, wangi jer bau dia.


Kemudian masukkan pisang yang telah dibelah. Sebab pisang tanduk tu besar, Sk belah tiga. 


Panaskan pisang atas kuali di kedua-dua bahagian sehingga perang keemasan. 


Balikkan perlahan supaya pisang tidak patah atau pecah-pecah permukaannya. 


Bila permukaan pisang dah perang keemasan, bolehlah diangkat dan diletakkan dalam pinggan.


Kemudian siramlah dengan sos caramel. Sk guna sos readymade, tak rajin nak buat sos sendiri, hihi.


Kemudian hiaskan dengan krim putar. Iman makan dengan aiskrim vanilla tapi Iman punya, Sk tak ambil gambar pulak, sebab dah masuk tipuware, hehe.


Jempuit!





Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Fuhh.. bisa bikin gula melambung donkkk...hahaha

    ReplyDelete
  2. sedap ni..lama tak makan pisang tanduk..memang selalu buat pengat je..tak pun rebus.

    ReplyDelete
  3. Perghh..boleh jadi menu terbaik minum petang dari dapur kak SK ni. Terasa rasa manis caramel bergabung dengan pisang tanduk tu.

    ReplyDelete
  4. Makan pisang caremel ni ingat kat Chef Florance Tan..Pernah tengk dia buat makan ngan ice cream..yummy

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!