KUTUB UTARA KUTUB SELATAN

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum...

SEBELUM tidur malam ni, nak up la satu entry buat geli-geli. Baru siap buat laundry. Termasuk dari hari sampai rumah awal pagi semalam, ini trip yang ketiga kot. Balik semalam dapat dua trip, balik jalan-jalan tadi, sambung lagi satu trip. Cuaca mendung tidak menghalang sebab kami dah beli mesin pengering baju sejak lima bulan lepas 🤭 Tinggal rajin tak rajin nak melipat kain aje.

Cerita pasal balik kampung, mungkin inilah nasib anak rantau macam Pak Inche, nak tak nak, terpaksa mengadap kesesakan jalanraya di musim perayaan kerana ini sahaja peluang yang ada untuk balik. Kalau nak tunggu hari tak cuti, kena tunggu lepas Februari tapi tak boleh juga, sebab bulan Mac merupakan sambutan rasmi hari keputeraan Sultan Johor. Jadi, bila PI asyik tanya aje, Sk pujuk Iman minta cuti sehari dari bos pada Sabtu, minggu ini giliran cutinya hari Jumaat. Jadinya, dapatlah cuti tiga hari, tu yang kami berkejar balik ke kampung pada malam Khamis.

Kami singgah bermalam di Hotel B&L, Bidor kira-kira jam 2.45 pagi dan keesokannya brunch di Restoran New Hollywood, Ipoh.


Sebaik keluar tol Ipoh utara, tak tahu nak nangis ke nak gelak, bila melihat kenderaan bergerak perlahan. Dan kelemahan Pak Inche ialah bila masuk lebuhraya, mulalah asyik menguap, ditambah lagi dengan jem. Sk pun boleh tahan mengantuk jugak tambah baru lepas makan, kan.. adoi.. sampai Sungai Perak, nak tukar giliran tapi tak ada tempat langsung nak berhenti, kata PI. Sebenarnya, boleh jer nak berhenti. Dah sampai kat mana tah, lupa, baru dia pas stereng pada Sk. Dan Sk pas stereng semula sebelum Plaza Tol Jawi (kot), hahahah.. tak perasan lokasi. Hilang penat memandu dan terbang rasa mengantuk bila tengok sawah padi menghijau 😍

Sebelum sampai ke kampung, singgah ke Tanjung Dawai kerana bos Iman kirim belacan, hehehehe. Walaupun tak ada dalam perancangan, tapi bos punya pasal, kan.. nak nak pulak, bos dah bagi cuti. Jadinya, kita beli la sekali belacan untuk diri sendiri. Paling tak sangka, Tanjung Dawai jem rabak gara-gara sikap pengunjung yang mementingkan diri sendiri letak kereta melunjur di bahu jalan, awatlah hang kepala otak letak kat mana pun tataw!! 


Singgah Semeling pulak, beli sate. Semeling ni memang agak terkenal dengan satenya. Pak Inche macam biasalah, suka melebih kalau membeli. Dibelinya pulak semua daging sebab kami di Johor memang suka sate daging. Tak sangka pulak sate dagingnya liat, 44 kali kunyah pun susah nak telan 😅


Last but no least katanya, sebelum sampai rumah, singgah beli Mee Goreng Mat Noq. Oh, nama kedai ni Mat Noq tapi, dah arwah dah Mat Noq nya. Sekarang ni warung ni diusahakan anak perempuan mereka. Menu yang paling femes tentulah pasembur tapi sampai petang aje. Kalau dah malam-malam ni, mereka jual mee goreng dan mee rebus je.  Lupa pulak nak ambil gambar mee goreng dan mee rebus tu, hehe. Yang kelakar, rupanya kak pun dah goreng mee untuk kami. Sedap la mee goreng kak dari mee goreng Mat Noq, goreng penuh kasih sayang katanya 😜Pun lupa nak ambil gambar mee goreng kak, ampunnnnn.

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. fuh montok2 satay dia! Btw teringat pula dengan satu drama melayu dulu yang judulnya Kutub Utara Kutub Selatan ni hehe

    ReplyDelete
  2. geram plak tgok satay tu ha...gemok2...

    ReplyDelete
  3. Uit....awat tak hello dah sampai Tanjung Dawai....

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!