KARI AYAM ME TIME

 Assalamualaikum...

NAMPAKNYA sehingga bulan Februari tahun hadapan, tiada lagi meronggeng di hari Jumaat bersama Iman. Cuti bergilir Jumaat dan Ahad telah diambil sepenuhnya pada Ahad sahaja kerana memberi laluan seorang intern lelaki bersolat Jumaat. Tu takpa, dulu, kalau kerja hari Jumaat, kemahen berbaju kurung, sekarang, jangankan baju kurung, blouse pun dah gantung dalam almari. Asyik tak ada idea, baju apa nak pakai pergi kerja. Haaaa.. tu baru tau, cemana kami yang dah kerja lebih doploh tahun ni tiap hari pening fikir pasal baju dan pasal tudung.

Bila dah masuk hari Jumaat, baru rasa lega kepala otak. Tak payah fikir pasal baju, tak payah fikir pasal tudung. Duduk di rumah, boleh me time. Nak baring terlentang, mengiring, tertiarap, ikut suka. Ye ke? Mana boleh ikut suka, kain baju ada tiga bakul nak kena lipat. Jadinya, semalam, Sk heret iron board bawa ke ruang tamu. Lipat baju atas iron board, siap tiga bakul terus, tapi syhhh.. ada sebakul masih terperuk dalam dryer 😆


Sebelumnya, pagi-pagi dah rendam ayam. Lepas siap sidai kain, kita jahit mata. Jadi tapak sulaiman. Mimpilah macam-macam, rasa macam betul-betul. Bila tersedar, rupanya terlentang atas sofa. Teringat nak masak kari ayam. Gedebak gedebuk, dalam pada me time, siaplah seperiuk kari ayam untuk makan malam.


Masak kari ayam, mesti ada ayam goreng. Cuma perap dengan garam dan kunyit. Ada dua hati, dua pedal dan dua jantung yang Sk kumpul-kumpulkan dari ayam sebelum-sebelum. 😅


Telur masin sebiji Cik Ani bagi masa balik dari Sedili. Dah lama, kan.. tapi asyik lupa nak belah. Sebabnya letak dalam peti sejuk, tak nampak depan mata. Kalau nampak depan mata, baru boleh ingat. Habislah, kalau dah semua nak letak depan mata. 

😂


Post a Comment

8 Comments

  1. Kalau masak kari, syu selalu masak lebih. Boleh buat cicah dengan roti gadenia. Hi3😋

    ReplyDelete
  2. ada kari , ada telo masin...sedapnyaaa... pastu darah naik tinggi tinggi... dengki betul bp ni dengan telo masin tu.

    ReplyDelete
  3. Telur masin tu buat 'pemangkin selera'!

    ReplyDelete
  4. Tergoda tengok telur masin tu. Bila tengok kari terus teringat roti jala.

    ReplyDelete
  5. Agak lama juga saya berehat dari aktiviti melipat dan mengiron ni hihiiiii. Kain baju semua masih duduk dalam bakul.

    ReplyDelete
  6. Paling x suka lipat kain...kari ayam tu sedap betul nampaknya...nak masak la nanti nak bawak bekal pi kerja...

    ReplyDelete
  7. Saya kalau makan kari, mesti nak campur kicapp..Tak tau kenapa kawannya kena gitu..HHAHAA

    ReplyDelete
  8. Nonton Film bokep kunjungi http://adultvideos.ml

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih