Assalamualaikum wbt
DAH lama Iman beli kulit wonton, tapi tak bergerak-gerak pun dari peti sejuk, masih dalam pembungkusan. Bila ditanya, belum cukup bahan katanya. Sampai ke sudah tergeletak kat situ. Disebabkan tak mengganggu pun kapasiti dalam peti sejuk tu, SK biar ajelah, macam dah lupa keberadaannya pun iya jugak, hahaha.
Hari tu, kawan kolej buka pesanan Crab Rangoon. Biasa jugak dengar tentang makanan yang mula viral sejak awal tahun ni. Sebenarnya, dah lama wujud, tapi diviralkan oleh Tik Tokers. La.. zaman Tik Tok, kan. Dulu, Tik Tok ni selalu dianggap negatif padahal banyak jer yang positif untuk kita tengok contohnya resepi dan perkongsian tentang kesihatan.
Walaupun bersepah resepi Crab Rangoon ni, tak terbuka pulak hati nak menengoknya. Bila kawan buka pesanan, tanpa usul periksa, terus pesan dua pek. Bila bawa balik dan goreng, Iman kata, haaa.. nilah yang dia nak buat dengan kulit wonton tu. Tak buat lagi sebab tak ada cream cheese, katanya. Padahal, emaknya hari-hari lalu depan kedai, tak pun dipesan minta belikan. Rasanya sebab mambang rajin belum datang tu, huhu.
5 Comments
Kita bagi chance mambang rajin pergi rumah SK dululah, baru kita pulak try hihi....
ReplyDeleteada tgk org share, nmpk menarik tk pernh cuba lg
ReplyDeletesuka layan tiktok sbb byk resepi best.. cntohnya benda ni la.. tp tu la sama mcm iman mambang rajin xdtg lg.. hahahaha..
ReplyDeleteHai mambang rajin cepatlah singgah di dapur SK. Lepas tu jengok dapur kita pulak. Teringin juga nak merasa crab rangoon.
ReplyDeleteNampak sedap la...
ReplyDeleteKita pun ada beli kulit wantan dok bertapa dalam peti ais..tak tau la dah luput tarikh ka apa ka..hihihi
Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih