JADILAH MANUSIA YANG PENGASIH

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum wbt

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Jadilah  Pengasih Untuk Dirahmati Allah

سَعْدُ بْÙ†ُ عُبَادَØ©َ Ù‚َالَ رَسُولُ اللَّÙ‡ِ صَÙ„َّÙ‰ اللَّÙ‡ُ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِ ÙˆَسَÙ„َّÙ…َ  Ø¥ِÙ†َّÙ…َا ÙŠَرْØ­َÙ…ُ اللَّÙ‡ُ Ù…ِÙ†ْ عِبَادِÙ‡ِ الرُّØ­َÙ…َاءَ

Daripada Saad bin Ubadah RA, Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah hanya merahmati hamba-hambaNya yang pengasih" (HR Bukhari No: 1284). Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

 1. Sifat penyayang dan pengasih adalah dituntut pada setiap Muslim

2. Allah swt hanya merahmati Muslim yang memiliki sifat kasih sayang kepada sesama manusia dan makhluk lain untuk diberi ganjaran syurga.

3. Milikilah sifat kasih sayang terhadap orang lain. Antaranya  ialah sifat  membantu mereka yang sedang menghadapi musibah, sama ada dengan wang ringgit, tenaga mahupun pandangan dan nasihat.

4. Kasihilah orang lain dengan mendoakan kebaikan, memaafkan mereka, menolong orang yang dalam kesusahan, membantu orang yang sedang kesempitan, memberi makan orang yang kelaparan serta mengunjungi orang sakit dan yang ditimpa musibah.

5. Jika kita benci atau tidak suka kepada kejahatan seseorang, lakukan dengan cara yang dibenarkan syarak bukan dengan cara memaki hamun di laman sosial.

Google Image

Jika kita ingin dirahmati Allah, maka milikilah sifat pengasih terhadap orang lain. Islam agama yang mulia dan berakhlak. 

Selamat Meraikan Sambutan Bulan Kebangsaan 2022.

"Walau Kita Berbeza, Tetap Teguh Bersama"

#TeguhBersama

#KeluargaUtuh

#MasyarakatProgresif

#BinaNegaraRahmah

#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

15hb Ogos  2022

17hb Muharram 1444H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :

telegram.me/hadisharian_ikram

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. salam selasa cikkak sari.,
    ps. wak tgk2 gak kalo2 cikkak ada singgah ke Kawah Putih Bandung ittewww., tp mcm xde citer dlm blog pon., huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak, silaplah wak.. sy ke Tangkuban Parahu, bukan Kawah Putih, hihi.. ampun wak

      https://sariyusa.blogspot.com/2011/04/bandung-3-akhir.html

      Delete
  2. ooh no worries la, tangkuban perahu tu wak dh penah smpi tapi lama dahh ., hehe

    ReplyDelete
  3. Betul SK...kalau x suka elok cakap depan- depan..jangan la duk perli2 atau kutuk kat MedSos....

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!