MAKAN-MAKAN DI HARI JADI INDAH

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum wbt

    

SELAMAT Hari Ulangtahun Kelahiran buat anak saudara Sk, Nur Zahirah, yang ke 15 tahun. Bonda doakan agar Indah diberikan keafiaatn, dipanjangkan umur, berjaya dalam pelajaran serta berbahagia dan sejahtera selalu, Amiiinnn Ya Robbal Alamiiinnn.

     

Malam tadi, kami sekeluarga meraikan Nur Zahirah, yang kami panggil Indah. Nama Nur Zahirah tu dipilih sempena nama Tuanku Permaisuri Agong, masa tu.


Cerita Hari Jadi Indah tahun lepas, boleh baca DI SINI.


Tahun 2013, Indah mintak bonda buatkan kek, tapi sori Indah, bonda TIPU Indah masa tu. Tapi, tahun berikutnya, bonda dan Yaya buatkan Kek Barbie untuk Indah, ingat tak?


Bersama keluarga Cik Ani.



Macam biasa, bonda tukang beli kek, tukang beli aje, ibu Indah yang bayo, hehehe. Tukang beli akan beli kek ikut citarasa tukang beli, la kan. SK pilih Mango Cheese Cake SDS. Sekejap jer dah wassalam sebab sedap.


Singgah Morso beli kek yang cute ni. Ingatkan nak beli Kek Tema Mermaid, tapi dah ada yang punya pulak. 


Semua beli jadi nenek tak yah masak. Minuman pun beli air kotak jer, tuang dalam jug tambah ais. Benda dah mudah, buat apa nak susah-susah.


Angah pesan Nasi Lemak dengan isteri sepupu kami yang tinggal dekat dengan taman rumah Sk. Banyak betul, macam nak jemput sekampung. Terpaksalah Sk bedal dua bungkus, kui kui.


Cik Ani beli Ayam Panggang Bakers Cottage.


Angah beli sate. Sedap satenya.


Tiga beras... eh... biras. Tak ada anak lelaki, tapi Alhamdulillah, dikurniakan menantu yang soleh-soleh, Amiiinnnnn.

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. aaamiiin..YRA...sedap dua2 kek..terbaik tukang beli kek...hihi..

    ReplyDelete
  2. Aamiin. Semoga semua doa bonda Allah angkat. Selamat ulangtahun kelahiran indah.

    ReplyDelete
  3. Happy birthday Indah. Nampak sedap semua menunye. Sian bonda terpaksa makan nasik lemak sampai 2 bungkus hahaha

    ReplyDelete
  4. Semoga panjang umur, murah rezeki dan sihat selalu

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!