Assalamualaikum wbt
DAH dua hari lupa nak singgah 7E beli Roti Gardenia Wholemeal. Semalam pagi, Sk bertahan dari membeli sarapan di kantin. Tahulah kalau dah ke kantin tu, nampak mee la, nasi goreng la, nasi lemak la, paling tak menahan kalau nampak lontong. Pulak tu, sehari sebelumnya, terserempak dengan staf dari ibu pejabat yang bertanyakan tentang penyusutan saiz badan Sk. Sekarang ni, kalau orang tanya, Sk jawab aje yang Sk diet. Diet tu maknanya jaga makan, bukan tak makan langsung tau. Tapi Sk jaga makan weekdays ajelah... tiba Jumaat Sabtu, melantak tak ingat dunia, hahaha. Oh, dengan staf ibu pejabat tu, SK beritahu, SK dah tak makan sarapan di kantin. Karang, baru cakap macam tu, terserempak di kantin pulak tengah ceduk mee, nanti orang kata kita tipu pulak, hahaha. Bertahanlah Sk cuma minum nescafe o sahaja, pukul 12 baru lunch nasi, asam pedas ayam, taugeh, kubis dan sambal belacan.
Sedapnya cucur badak..weekend ari tu beli tapi indah khabar dari rupa la...hahaha...ntah kemana rasanya
ReplyDeleteComelnya cucur badak! Kalau Kak Amie mau 7 biji SK! Tolak dengan secawan milo panas, terus bertenaga nak pi menoreh.
ReplyDeletePertama kali tengok goreng pisang frozen. Comel cucur badaknya.
ReplyDeleteBaru tau gorpis pun ada frozen...hihihi
ReplyDeleteTapi coq badak tu nampak sedap walaupun takda badak..kena pulak yang inti lembab2 tu..uiii