Assalamualaikum wbt
AAAAA.... Siapalah yang buat Overall Layout Expo Maha 2022, ni? Sudahlah pengangkutan yang disediakan tidak mencukupi untuk menampung ribuan pengunjung, peta laman ini juga gagal difahami. Ditambah, tiada tanda penunjuk arah langsung, haishhh!
Memandangkan masa yang diperuntukkan agak suntuk, Sk terus mengajak Iman mencari Pavilion Negeri sebaik sahaja selesai makan masakan nogori. Kalau nak tengok pameran-pameran lain, memang tak sempatlah. Terpaksa pula berhimpit dengan pengunjung lain, pergerakan tentu menjadi lambat. Pada mulanya, kami terus keluar melalui tingkat bawah Dewan D (Empayar Makanan) tapi tengok jalan tu menuju ke tempat letak kenderaan pengunjung. Setelah bertanya dengan seorang pemandu buggy, beliau memberitahu, kami perlu keluar semula melalui pintu utama Dewan D dan ambil jalan di sebelah kiri, jalannnn.. belok kanan... Pavilion tu ada dekat belakang... belakang... ahhhh.. SK tak dengar sangat belakang apa.. hahaha.
Akhirnya, Sk bertanya kepada seorang anggota Rela yanng sedang bertugas menjaga lalulintas, oh, dah betul jalan yang kami tuju, dia kata, jalan terus, nanti jumpa simpang, belok kanan. Kami pun melalui laluan pejalan kaki di sebelah kanan jalan tapi akhirnya terpaksa keluar ikut bahu jalan bagi mengelakkan bertembung dengan pejalan kaki dari arah bertentangan. Tu tak pa, kena jalan menyendeng mengelak pokok-pokok krismas eh ni, tak tahu la nama pokok apa, hahahaha.
Dah sampai simpang, kami pun belok kanan. Iman kata, dia dah tak larat, rasa nak muntah sebab baru lepas makan. Cuaca pulak panas membahang. Di hadapan kami, langsung tak ada bangunan, pavillion? Harammm... hahaha. Iman duduk atas batu yang memisahkan jalanraya dengan longkang. Di sebelah kanan kami, kelihatan dari jauh, khemah dan tangga berwarna-warni. Sk beritahu, kalau tak larat sangat jom balik jer, kita duduk kat tangga tu. Tapi jauh jugaklah tangga tu sebenarnya, hahaha. Merajuk dah dengan anak yang seorang ni. Orang ramai tak boleh, panas tak boleh, lapar tak boleh, haus tak boleh, tampa nak?
"Tu tempat naik tram, kan?" Iman tunjuk ke satu arah. Sk toleh. Iman ajak ambil tram kat sana, pergilah mana-mana pun. Kami pun bergerak ke perhentian tram dan dalam masa yang sama, tiba tram dua gerabak. Gerabak hadapan dah penuh, kami naik di gerabak kedua yang tiga perempat penuh. Tram mula melepasi simpang yang kami lalu tadi dan melalui Pavilion Negeri. Apo??? Kenapa Rela tadi suruh kami belok kanan???? Aaaaaaaa.. mesti dia pun dah keliru mana kanan dan kiri, hahahaha. Wajaq sungguh laaaa. Nasib kami tak jalan sampai hujung. Tengoklah muka nak senyum pun dah tak larat, hahaha.
Wah...sakan depa tawaf MAHA..saya tawaf tak habis tahun ni..huhuhu
ReplyDeleteKita jumpa MAHA 2024 nanti ya @ Dewan D...nanti kanda belanja dinda makan denda salah info hari tu🙏
Water dispenser labu tu ada jual @ R&R Sg Perak arah utara la SK...kalau nak beli( saya tolong promote)
Saya baru tengok balik Raya Haji baru ni.Harga dispenser tu tak ingat tapi sangat berpatutan sebab saya pun beli labu sayong 2 pcs sederhana size baru RM50++.
( Harap lepas saya cakap ni depa tak naikkan harga la🤣)
Ada macam2 size dan harga.Saya sempat tanya penjual tu kalau isi air dia menyerap tak?
Penjual tu cakap kalau jangkapanjang memang labu tu menyerap air kerana sifat tanah dan air memang akan menitis...
Itu antara info yang saya dapat la...hihihi
wallahua'lam
Oh, betullah tu, lama sy pakai, basah keliling labu tu, sy dah agak sebab ia dibuat dari tembikar, kan. Tapi kalau beli water dispenser, rugilah, sebab tak murah.
DeleteBaik, kita tunggu MAHA 2024 naaa.. 😆😆😆
Terlepas uncle...! huhuhu
ReplyDeleteAisehmannnn...
DeleteKali ni wak bercita2 tak mahu pegi MAHA sebab ada pengalaman beberapa kali pegi MAHA kat situ
ReplyDeleteAlhamdulillah, cita2 wak tercapai
Mesti pahit pengalamannya tu, wak 😆
DeleteKelupis frozen mesti beku kan SK. Kalau suhu bilik takut basi pula. Kalau ragu-ragu baik tak beli kan SK, takut lain pula jadinya bila sampai rumah.
ReplyDeleteItulah, sy pelik, kalau frozen kenapa letak dalam suhu bilik. Bungkusannya pun ringan benar, haha.
DeleteSy tak disenaraikan bertugas di MAHA PN Perak pada tahun ni..Alhamdulillah, PN Perak juara kategori PN paling cantik....
ReplyDeleteMak oiii,sakannya dua beranak ni pi MAHA, SA kena covid..memang x merasa la nak pi memana...x covid pun SA malas nak pi..hahahaha....sejenis x suka nak berpusu- pusu...
ReplyDelete