KEMANISAN IMAN

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

Assalamualaikum wbt

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Google Image


Kemanisan Iman Kerana Cinta Dan Benci

عن أنسٍ رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال:   ثَلَاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ حَلَاوَةَ الْإِيمَانِ أَنْ يَكُونَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لَا يُحِبُّهُ إِلَّا لِلَّهِ وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ

Daripada Anas RA dari Nabi SAW baginda bersabda: Ada tiga perkara, barangsiapa ada pada dirinya tiga perkara ini, maka dia akan merasakan manisnya iman (iaitu, yang pertama): Allâh Azza wa Jalla dan Rasul-Nya lebih dia cintai berbanding dengan yang lain, (kedua) dia mencintai seseorang dan dia tidak mencintai kecuali kerana Allâh dan (ketiga) dia benci kembali kepada kekufuran sebagaimana dia benci dicampakkan ke dalam api neraka (Sahih Muslim No: 43) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Tiga perkara jika dimiliki oleh seorang Muslim akan menjadikannya memperoleh kemanisan iman:

a. Allah dan Rasul-Nya lebih dicintai dari selain keduanya.

b. Apabila ia mencintai seseorang, ia hanya mencintainya kerana Allah.

c. Ia tidak suka untuk kembali kepada kekufuran setelah Allah menyelamatkannya, sebagaimana ia tidak mahu untuk dicampakkan ke dalam api neraka.

2. Mencintai Rasulullah SAW mewajibkan adanya penghormatan, ketundukan dan mengikuti serta mencontohi apa yang dilakukan oleh baginda (mengagungkan sunnahnya).

3. Di antara tanda cinta kepada Rasulullah SAW adalah dengan mengamalkan Sunnahnya, menghidupkan dan mengajak kaum Muslimin untuk mengamalkannya, serta berjuang membela As-Sunnah dari orang-orang yang mengingkari As-Sunnah dan melecehkannya. Termasuk cinta kepada Nabi SAW adalah menolak dan mengingkari semua bentuk bidaah dan kesesatan.

4. Mencintai seseorang adalah semata-mata kerana Allah sebagai tanda mencapai kemanisan iman. Ibnul Qayyim berkata: “Setiap kecintaan dan pengagungan kepada manusia hanya dibolehkan dalam rangka mengikuti kecintaan dan pengagungan kepada Allah. Mencintai dan mengagungkan Rasulullah SAW  adalah penyempurnaan kecintaan dan pengagungan kepada Allah”.

5. Buktikan kemanisan iman kita dengan mencintai saudara kita  yang lain seperti mana kita mencintai diri kita sendiri.

6. Kemanisan iman juga tercapai apabila kita tidak suka untuk kembali kepada kekufuran setelah Allah menyelamatkan kita, sebagaimana kita tidak mahu (benci) untuk dicampakkan ke dalam api neraka.

Ayuh kecintaan kita bersama membangun Malaysia Negara Merdeka.

Selamat Meraikan Sambutan Bulan Kebangsaan 2022.

"Walau Kita Berbeza, Tetap Teguh Bersama"

#TeguhBersama

#KeluargaUtuh

#MasyarakatProgresif

#BinaNegaraRahmah

#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

19hb Ogos  2022

21hb Muharram 1444H


Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :

telegram.me/hadisharian_ikram

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Selamat hari merdeka dan selamat hari Malaysia...x sabar nya nak PH...nak rehat tido lama kat rumah

    ReplyDelete
  2. salam jumaat cikkak sariyusa ituuuh., ;p

    ReplyDelete
  3. Mudah-mudahan kita tergolong dalam kalangan yang dapat menikmati manisnya iman. Amin.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih perkongsian ilmu...
    Terkenang ketika PKP...nikmat yang Allah kurniakan untuk menumpukan kepada ibadah tanpa kesibukan

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!