SELAMAT HARI JADI, BAN

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum wbt


SEMALAM, hari jadi Ban, kawan Sk yang dikenali pada hari pertama Sk berkhidmat di Institut Teknologi Perindustrian, Bukit Senyum. Kadang-kadang lupa pulak nama penuhnya sebab selalu panggil Ban aje, hahaha.


Walaupun muda lima tahun dari Sk tapi kami agak sekepala jugaklah. Ban ni peramah orangnya, kalau dia nampak orang tua kat mana-mana, mesti dia tegur dan tanya, Cikkkk.. Cik nak pergi mana.. bla bla bla... hahaha. Budak kecik tu, anak sulung Ban, dah tahun lima, untunglah awak jadi anak cikgu, hahaha.


Sempena hari jadi beliau, Sk belanja makan sebab dulu-dulu, Ban tak pernah lupa setiap kali hari jadi Sk, mesti belanja makan dan kek secret recipe. Kalau hari tu, Ban belanja Sk di Restoran Budak Siew Mai, kali ini, Sk ajak Ban ke Molek Kitchen, BBU. Mula nak makan tengahari di Restoran Asam Pedas Desa Rahmat, tapi dah lambat, jadi kami carilah cafe, mujur ada Molek Kitchen. Ni pilihan SK, Tomyum Seafood Pasta dan Ban pilih Fish & Chips. 

Selamat hari jadi, Norliana Mohamad Kasim. Semoga diberi keafiaatan, kebahagiaan dan kesejahteraan oleh-Nya jua, Aminnnn Ya Robbal Alamiiiinnn.

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Selamat hari jadi Ban aka Norliana Mohamad Kasim. Moga ukhuwah bersama SK sentiasa berpanjangan hendaknya.

    ReplyDelete
  2. Selamat ulang tahun kelahiran yang ke 42 untuk Ban..( betul ke umur 42)🤭
    Dapat kawan yang baik juga rezeki namanya

    ReplyDelete
  3. wahh semua senyum dpt makanan sedapp., ;p

    ReplyDelete
  4. Selamat hari lahir...semoga dipanjangkan umur, diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki selalu

    ReplyDelete
  5. Selamat ulangtahun kelahiran Ban. Semoga sentiasa dalam lindungan Allah swt.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!