JALAN-JALAN KE SAPOT FEST

Seri Kandi Tanah Jauhar
3

 Assalamualaikum wbt

BUNTU nak pergi mana semalam, Iman macam selalu la nak pergi mall, Sk minta cadangan lain, bosan asyik pergi mall, sabtu nanti nak pergi mall lagi dengan Pak Inche pulak. Kemudian Iman cadang ke Tebing Bandar Dato Onn, hurmmm.. macam jauh nak ke sana. Pergi Educity ajelah, cadang Sk. Iman jugak yang beritahu ada festival makan-makan kat sana. Sk pun tak ingat nama festival apa, dah remaja purba ni, macam tak masuk kepala, haha.


Tak sangka, penuh kereta sepanjang jalan depan Stadium Educity tu sampai Sk terpaksa buat pusingan semula dan masuk dalam kawasan letak kereta educity, pun sampai habis pusing, baru jumpa parking. Kemudian dah seberang nak menuju ke festival, nampaklah banner ni.


Tengah leka ambip gambar banner, Iman tunjuk bas henti-henti yang diparkir tepi jalan. Bonda, Yaya rasa kita boleh naik bas ni pergi sana. Mungkin pemandu bas tu dengarlah, dia pun angguk-angguk dan ajak naik.


Seronoknya, dah lama tak naik bas loceng ni, haha.


Bas yang disediakan, boleh muat 40 penumpang rasanya. Penuh jugak sampai ada yang berdiri, tapi tak jauh pun, tak sampai dua minit. Tapi kalau Sk  jalan kaki, mahu doploh minit ni.. hahah.


Tujuan Festival ni untuk menyokong pengusaha makanan dan bundle. 


Tak tahu nak beli apa, nampak gerai Ayam Goreng Muiz ni, Iman kata, dia nak lah, sebab dah lama teringin nak beli tapi tak reti, hihi.


Ambil set ayam goreng Korea, RM12, 2 ketul ayam. Ayam dah siap pek dalam kotak.




Nampak pulak Tongmo Grill. Iman kata, asal Syura jer bonda nak beli. Laaa.. tak perasan pun ada bunting Syura dan orangnya kat situ.


Sempatlah borak-borak pasal Tongmo dan Ayam Penyet Banjir Syura.


Food truck pun ada.


Beli tu ajelah. Iman kata, air mahal, kita makan kat rumah aje. Sebenarnya banyak aje meja dan kerusi disediakan untuk pengunjung menjamu selera tapi dah Iman ajak makan kat rumah aje, jom.


Tak jadi makan kat rumah, Sk ajak pergi Mamu Junction. Pesan sekeping Nan Cheese dan Teh Tarik.


Yang tapau dari festival tadi, makan kat situ terus. Selalu makan Nan Cheese dengan Ayam Tandoori kali ni kita makan dengan Tongmo Grill pulak. Shedapppp!


Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Sedapnya tongmo...
    Wah,dapatlah Yaya merasa naik bas..
    Sedap pula nama Yaya...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Menikmati dengan hati yang gembira.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!