Assalamualaikum wbt
Sambungan kisah KE KL AHAD LEPAS
GARA-GARA tak cukup 'narlekerk' mendaun pisang di Bananabro, Pak Inche mengajak pekena Nasi Daun Pisang lagi sebelum balik ke rumah. Kami ke The Banana Leaf Kitchen, Eco Botanic dan ini kali kedua Sk dan Iman ke sini tapi kali ketiga bagi Pak Inche. Sebelum ni, dia datang lunch buffet dengan klien tapi disebabkan kami sampai pun dah petang, buffet dah habis, ada menu ala carte sahaja. Boleh baca kisah MENDOSA DI THE BANANA LEAF.
Masuk-masuk jer, terus dapat menu.. SK belum sempat duduk lagi, hihi. Jom kita tengok...
Menu Al Carte
Menu minuman.
Suka dekorasi dalam restoran yang ala ala dalam taman. Sesuailah dengan lokasinya di Eco Botanic. Macam sebuah restoran masakan India yang Sk pernah pergi di Tanah Aina, tapi tu la.. tak buat entry makan di Tanah Aina tu, hahaha. Zaman malas berblog.
Lassi Mango RM12.99
Kira ni, upah jadik supir, selalu Sk pesan ais kosong jer, haha. Pak Inche langsung tak pegang stereng eh, kemahen dia. Sepanjang jalan tidur ya, kepenatan gara-gara out station tiga minggu berturut-turut.
Iman memang sukalah makan Nasi Daun Pisang. Anak mamilah mamak la katakan...
Banyak dia bagi papadom. Dah lapar sangat nampaknya Pak Inche tu.
Sk memang dah tak mampu berfikir masa ni. Ikut Pak Inche la nak pesan apo, janji balik tak yah masak dah.
Claypot Chicken Curry RM34
Cabbage Poriyal RM20
Chicken 65 RM27
3 Steam Rice RM15
Oh, dekat sini ada sambal khas. Sedap jugaklah gaul dengan kari tu, tapi Sk rasa, kari Sk lagi narlekerkkkk.
Chicken 65
Chicken 65 ialah hidangan ayam goreng berempah yang berasal dari Hotel Buhari, Chennai, India. Ia merupakan hidangan pembuka atau snek ringkas. Rasa hidangan boleh dikaitkan dengan cili merah, tetapi set ramuan yang tepat untuk resipi boleh berbeza-beza. Ia disediakan menggunakan ayam tanpa tulang dan biasanya dihidangkan dengan hiasan bawang dan limau.
SumberTuan Tanah Kedaung bersama penaja JJCM Alam Sari Di Tanah Jauhar, hahahaha. Terima kasihlah encik penaja. Pasal makan cakap aje apa nak, insyaAllah, akan diluluskan.
The Banana Leaf Kitchen
Jalan Eko Botani 3/2,
Taman Eko Botani,
79100 Nusajaya, Johor
Tel : 07-596 4747
Buka setiap hari
8 pagi hingga 10 malam
Waze lebih mudah
Wah...habis la daun pisang lepas ni..hihihi
ReplyDeleteGaya PI dengan pakaian dan kepit rokok tu..kalah Noah Hujan kay KLFW..kalau dia tengok..nangis ni....hihihi
Baguih PI ni...tak berkira dengan anak isteri.Semoga Allah limpahkan lagi rezeki PI & SK sekeluarga🤲🤲🤲
Eh..eh..dia siap brsemut plak di bawah matahari depan kedai erk....semoga dimurahkan rezeki PI...hehehe....
ReplyDeleteTenang aje deco2 dia
ReplyDeleteComel je puan tanah & tuan penaja :D
ReplyDeleteSaya suka kalau dal banjir! Hehe
ReplyDelete