HAPPY BIRTHDAY, NAZA

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum wbt


AHAD lepas, hari jadi Naza. Cadangnya sehari sebelum tu nak belikan dia kek dari Maneh By Momo tapi terlupa. Dah keluar jalan-jalan, baru teringat dan masa balik tu, cafe pun dah tutup. Nak ajak keluar makan tengahari pun tak sempat, jadi, petang baru keluar. Kami ke Richiamo Cafe di Larkin Sentral. Kali ni Sk tak mengopi tapi ubah selera dengan Hot Chocolate Richiamo.


Dah 40 tahun tapi macam 30. Anak yang sulung pun dah Tingkatan Dua (tak silaplah). Sk kenal Naza ni dari dia anak dara, semasa bertugas di Institut Teknologi Perindustrian Bukit Senyum dan kami sama jabatan sehinggalah sama-sama juga ditukarkan ke kolej sekarang. Malah, masa Naza nikah, Sk la tukang soleknya dengan pakej lukis inai sehari sebelum tu. Cari pakej andaman pun Sk dan seorang lagi kawan temankan. 

Selamat Hari Lahir, Naza.. semoga diberi keafiaatan, panjang umur, berbahagia dan sejahtera selalu, Aminnnn Ya Robbal Alaminnnn.


Seorang lagi rakan setugas yang juga sama-sama dari ITP Bukit Senyum, Kak Narimah merangkap tailor Sk, hahaha. Bertahun dah guna khidmat Kak Imah jahitkan baju. Selain menjahit, Kak Imah juga suka masak dan buat kuih. Kamilah jadi tukang makannya. Hari jadi Kak Imah dah lepas, bulan April, kita belanja dia sekali, la. 


Eh eh.. semalam, Kak Imah pulak belanja kita Kek Secret Recipe. Ini pertama kali Sk makan Odyssey Cake SR iaitu gabungan kek coklat dan krim coklat yang mewah. Keknya agak manis tapi ada kekacang pada krim tu untuk seimbangkan rasa manis krim dan kek. Tapi, maaf, lupa nak ambil gambar pulak, hihi. Terima kasih, Kak Imah.

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Selamat hari lahir kak Naza! Semoga dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah dan dipermudah segala urusan! ;)

    ReplyDelete
  2. Selamat hari jadi Naza!! Syiok dapat celebrate sesama kan

    ReplyDelete
  3. Selamat harijadi tertunda Puan Naza.
    Saya teragak-agak lagi hendak masuk ke Richiamo Cafe.
    Wah senang ada rakan yang tukang jahit satu pejabat.

    ReplyDelete
  4. Sanah Helwah buat Naza & Kak Imah 💐
    Patut semuanya manis- manis, bertugas di Bukit Senyum rupanya dulu-dulu :p

    ReplyDelete
  5. HB Naza....saya ingat nama Naza tu lelaki🤭
    Untung la Iman...bonda dia pandai make up dan lukis inai🥰

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!