DAGING MASAK MERAH & KAILAN DAGING

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum wbt

PAGI ni SK baca tentang trend lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) enggan menyambung pelajaran. Kebanyakannya disebabkan mereka lebih cenderung memilih terus bekerja dalam sektor ekonomi gig kerana gaji lumayan dan waktu kerja fleksibel. Jabatan Perangkaan dalam kaji selidik membabitkan 560,000 lepasan SPM itu mendapati hanya 170,000 lepasan SPM menyambung pelajaran, manakala 72.1% atau 390,000 lagi enggan berbuat demikian. Lebih membimbangkan, trend 2019 itu dipercayai berterusan pada 2020 dan 2021, menurut jabatan itu. Sumber

Susah jugak hendak memberikan pendapat, kita faham, ramai ibu bapa diberhentikan kerja akibat pandemik. Dengan yuran pendidikan terlalu tinggi, agak sukar jika mahu menanggung anak sambung belajar lepas SPM. Tapi, Sk mohon kepada anak-anak ini agar berfikir untuk jangka masa panjang. Kita tak selamanya muda, nanti dah jadi remaja purba macam acik ni, baru tahu pentingnya ada kelulusan. Acik yang duduk di pejabat ni pun menyesal kerana tak lebih gigih belajar dulu-dulu, tau. Lagipun sekarang ni, banyak peluang pinjaman pelajaran diberikan. Ibubapa juga boleh membuat Tuntutan Semula Anak Menyambung Pengajian di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Jadi, ambillah peluang lima perkara sebelum lima perkara.

'Waktu muda sebelum tua

Waktu sihat sebelum sakit

Waktu kaya sebelum miskin

Waktu lapang sebelum sibuk

Waktu hidup sebelum mati'

Ingatan untuk diri sendiri jugak ni.

Daging Masak Merah yang dimasak pada Rabu lepas. Disebabkan daging tu dari bahagian batang pinang, Sk cuma hiris nipis dan perap dengan sos labu dan terus masukkan dalam kuali selepas menumis bawang putih. Sebelum ni Sk ada kongsi resepi  Daging Masak Merah di sini tapi kali ni, Sk tak rebus dagingnya dahulu.

Daging Masak Merah

400 gm daging batang pinang dihiris nipis

4 ulas bawang putih cincang

1/2" halis dihiris halus

1/2 labu bawang holland dipotong baji

5 biji cili api dibelah dua

3 helai daun limau purut disiat

Sos labu secukupnya untuk memerap daging

2 sudu sos tiram

1 sudu sos ikan

1 sudu gula

Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara :

1. Perap daging dengan sos labu beberapa minit.

2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih dan halia hingga harum.

3. Masukkan daging, gaul cepat, api sederhana.

4. Masukkan sos tiram, sos ikan, daun limau purut, bawang holland dan cili padi.

5. Masukkan gula secukup rasa.

6. Tambahkan sedikit air, renihkan seketika. Tidak perlu tambah garam kerana sos tiram dan sos ikan dah cukup masin.

Siappp!


Pak Inche minta tinggalkan sikit daging yang telah dihiris. Nak masak Kailan Daging macam kat Sanook Kitchen, katanya. Lengkaplah menu malam tu, ada protein, karbo dan serat. Yang Pak Inchenya, asyiklah puji kesedapan Kailan Daging dia ni. Lepas tu paksa pulak kitorang puji, layankan sajalahhh.. hahaha.

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Saya pun nak puji Kailan Daging tu. Walaupun tak makan sama tapi sedapnya terasa-rasa di mulut kita!

    ReplyDelete
  2. Kalau diminta pendapat, PH akan suruh sambung belajar sbb itu jalan keluar dari kesusahan, tapi setiap org ada masalah/ujian masing-masing. Moga ada kesedaran bg anak2 muda ni utk mencari Ilmu. Kerja sambil belajar pun boleh...
    Anyway, kailan daging Pak Inche tu nampak kesedapannya SK :p

    ReplyDelete
  3. PKP dah dua tahun.. after dua tahun baru tingkat balik kot jumlah org nk sambung belajo . huhu.. Apa pun . nmpk sedap itu kailan.. Alhamdulillah 👍

    ReplyDelete
  4. Betul..
    Kalau baca perangkaan tu sukar nak beri pendapat.Peluang banyak tapi bukan semua beruntung mendapat peluang itu.Belanja pengakian sekarang bukan kaleng-,kaleng..Namun dalam apapun..ilmu harus diutamakan..
    Jom makan daging merah dan sayur kailan dulu..hihihi

    ReplyDelete
  5. hahaha... muka nampak garang.. tapi suka bergurau ya pak Inche akak ni

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!