KOPI SI HITAM MANIS & L CAFE

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum wbt

PAGI tadi, Sk disapa oleh rakan pejabat dari ibu pejabat kemahiran. Dia bertanya, kenapa SK tak turun ke ibu pejabat semalam? Semalam, dorang bawa nasi impit, rendang dan sup daging korban. Ah, kita sibuk, laaa. Makan pun curi-curi masa, asalkan isi perut sudahlah. Sambung kerja dan berhenti untuk solat kemudian sambung kerja semula. Kena siapkan banyak kerja serentak, maklumlah dah masuk bulan baharu, semua perlu dikemas kini jadi bila bos tanya, senanglah nak jawab sekian.. sekian.


Kafe Si Hitam Manis

Kali ini, SK nak bawa pembaca ke Kafe Si Hitam Manis yang baru dibuka di Laman Setia Eko, Gelang Patah. Pergi berdua saja dengan Iman, masa ni Pak Inche ada dinner dengan rakan media. Sebenarnya pun, baru lepas makan, jadi kami mengopi ajelah. Nak tahu jugak menu apa selain kopi dan roti bakar.  Rupanya, ada Laksa Johor, Nasi Lemak Basmathi dan Mee Rebus juga serta makanan barat. 


Kafe Si Hitam Manis ni, terletak di deretan lot kedai yang berhadapan dengan jalan utama yang menghubungkan Jalan Ulu Pulai dengan Jalan Ulu Choh. Ini juga laluan Sk setiap kali keluar ke pusat bandaraya sebab Sk akan keluar ke lebuhraya Perling. Setiap kali lalu memang tertarik sungguh melihat mentol-mentol yang bergantungan menerangi laman kafe tapi tak berkesempatan nak singgah. Kadang ada tujuan lain, kadang dah kenyang terlampau, hahaha.


Ruang dalam kafe cuma ada meja dan kerusi bar ala-ala di kelab malam, hahaha. Pernah pergi kelab malam ke??? Taklaaa.. selalu tengok dalam tv, kan. Zaman muda mudi pernahlah pergi sekali dua, tapi bukanlah pergi berpoya-poya sekadar duduk minum ikut kawan-kawan itupun sembang-sembang balik. Sk kalau nak poya-poya, pergi tengok wayang aje, hahaha.


Pesan Roti Bakar Nutella.. eh, sekali dia letak pinggan atas meja, sama macam pinggan mak kita zaman dulu-dulu. Sk masih ingat, masa kecik-kecik dulu, ada seorang makcik ni tiap bulan datang kutip duit pinggan. Zaman dulu manalah nak keluar beli pinggan mangkuk, kenalah tunggu makcik bawang pinggan datang bawa katalog. Lepas tu, boleh bayar bulan-bulan.



Toffee Nut Frappe untuk Iman. Kiut betul dia lukis-lukis kat cawan tu. Nampak jer menu ni terus Iman teruja. Nampak cawan berlukis-lukis macam tu, lagi dia teruja.


Sk pilih Latte. Sedap tapi sakit hati tengok Latte Art dia, hahaha. Macam tu la kafe baru nak hidup ni, kita kena bayar pulak latihan dia nak jadi barista.

L Cafe


Dah tiga minggu berturut-turut pergi Aeon Tebrau. Kali ni Pak Inche nak cari baju di British India untuk malam gala syarikat dan sekali dengan untuk dipakai masa graduasi Iman. Lepas beli baju, singgah ke L Cafe pulak mengopi. 

 

Tengok harga Americano, kurang 90 sen jer dari Starbucks dan The Coffee Bean, jadi Sk ambil Latte. Tak nak makan berat-berat, cuma pesan Scone. Satu set scone ada tiga bijik, bolehlah makan sorang sebijik, tapi Iman tak nak sebab dia tak suka tekstur scone tu. Sedaplah scone kat sini daripada yang Sk makan di Cameron Highlands.

   

Macam ni, barulah berbaloi kita bayar untuk mengopi. Suka tengok cawan dia, Iman kata, bonda belilah, cantikkkk. Bonda? Urut dada dan istighfar banyak-banyak takut termakan hasutan anaknda, hahahaha.

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Haaaa....baru la rupa coffee kar L Cafe tu....

    ReplyDelete
  2. hahahaha istigfar byk2 bonda.... tp mana tau tetiba hati bonda terbuka juga nak beli cawan tu :p

    ReplyDelete
  3. menarik la cawan di L Cafe tu.. Latte art pun cantik.. Baru lah feeling minum kopi gitu...

    ReplyDelete
  4. Iman hasut bonda lagi suruh beli cawan macam tu... hihihi.. cute.

    ReplyDelete
  5. Beli je la bonda....habuan mengopi kat rumah..
    hihihi...
    pinggan menggamit kenangan zaman arrcorox dulu tu

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!