Assalamualaikum wbt
SETELAH beberapa bulan kita melalui Fasa Peralihan Endemik, bermulalah episod 'Sayang Bini Tinggal-Tinggalkan.' Minggu ini, Pak Inche bertugas ke luar kawasan lagi. Kalau minggu lepas, Pak Inche diarahkan ke Negeri Che Siti Wan Kembang, minggu ini, beliau ke negeri yang Sultannya terpaling kacak pulak. Haaa... cer teka 😜
Panjang ek tajuk Sk untuk entri kali ni. Saja nak cuba bubuh tajuk panjang-panjang. Kalau boleh, tulis tajuk dengan isi cerita sekali, hahahaha. Baiklah, ceritanya, masa ke Kota Bharu tuari, Pak Inche ada bawa balik pes Thai Tom Yum jenama Kung Thai. Pak Inche kata, dah tak payah letak apa-apa jika masak guna pes ni. Orang yang jual tulah kot agaknya yang beritahu. Semalam, Iman beri cadangan untuk Sk memasak guna pes tom yum ni. Teringin nak makan Tom Yum Goong katanya,gara-gara asyik fyp di Tik Tok, sebuah kedai Tomyam yang viral di Ipoh.
Jadi, Sk suruh Iman rendamkan haiwan-haiwan dalam peti ais untuk dimasukkan dalam tomyam. Sk pesan, rendam sekejap, bila dah boleh leraikan haiwan-haiwan tu, asingkan sikit untuk dimasak saja. Yang lain masuk peti ais semula. Takkanlah nak masukkan udang setengah kilo dengan sotong empat ekor, tu nak buat kenduri tomyam namanya, hahaha. Iman kata, kalau ada cendawan, lagi sedap. Jadi, balik tu, Sk singgah kedai runcit beli cendawan tiram sebungkus kecil.
Tom Yum Goong
Bahan-bahan :
Semangkuk kecil hirisan ayam
5 ekor udang, buang kulit tengah sahaja dan buang urat hitamnya
1 ekor sotong, potong 1 cm
1/2 bungkus cendawan tiram
1/2 bawang holland dipotong baji
5 - 6 biji cili padi belah dua atau dipecahkan
1 batang serai, potong tiga, ketuk
3 hiris lengkuas
5 hiris halia
2 helai daun limau purut
2 akar ketumbar
2 sudu pes Tom Yum Jenama Kung Thai (Kung Thai Brand)
1 kiub pati ikan bilis
2 sudu kecil gula
2 senduk kecil susu sejat/ susu cair
5 cawan air/ 1/2 periuk kecil (agak-agak)
1 biji tomato potong empat
Daun ketumbar
Cara-cara :
1. Didihkan air bersama serai, lengkuas, halia dan akar ketumbar.
2. Masukkan kiub ikan bilis dan pes tom yum, larutkan pes dalam air dan biar mendidih lagi.
3. Masukkan gula, daun limau purut dan isi ayam.
4. Apabila ayam telah bertukar warna, masukkan udang dan sotong, biar sebentar.
5. Kemudian masukkan cendawan, bawang holland dan cili padi.
6. Masukkan susu cair, kacau sehingga mendidih sekali lagi.
7. Akhir sekali, masukkan tomato. Taburkan daun ketumbar semasa menghidang.
Sebab nasi putih baki-baki memasak ada lebih, Sk buat Nasi Goreng Cina. Ah, tak Cina sangatlah, sebab tak ada sayur campuran (mix vegetables) iaitu carrot dadu, jagung dan kacang pea tu. Curik sikit isi ayam dengan cendawan yang nak masak tomyam tu, hihi. Mula-mula, tumiskan bawang putih dengan sedikit minyak masak, masukkan isi ayam dan cendawan, kiub pati ikan bilis dan telur. Kemudian masukkan nasi dan serbuk lada hitam kasar serta hirisan daun sup. Sk goreng dengan api sederhana hingga nasinya meloncat-loncat, hahaha. Ada juga nasi putih sepinggan yang Iman baru masak siangnya, Sk biar, kotlah Iman nak makan tomyam dengan nasi putih. Haaa.. memang dia makan dengan nasi putih, pun. Lagi berasa gitu. Sk pulak, asingkan sup dalam mangkuk kecil untuk dihirup-hirup,
Sampai nak tidur pun, Iman kata, tak boleh move on dengan tomyam bonda, hahaha.
dahsatt..meloncat-loncat ek nasinya hahahah..memang nampak sedap tom yum tu...tak sure pernah guna ke tak pes tomyum yang ni..diorang kan banyak seakan-akan je label dia..
ReplyDeletemeloncat, panas sangat kuali, haha. Macam kita jalan atas simen atau tar panas tanpa selipar, kan meloncat2, hahaha.
Deletememang sedap guna pes tomyam thai ni, orait nanti kak ana try resepi SK ni nampak mengancam sungguh aih :)
ReplyDeletemasak nasi lebih tau, Kak Ana.
DeleteAda guna pestomyam Thai tapi tidak pasti nama. Nanti saya tengok di dapur.
ReplyDeleteMengapa tidak ikut Pak Inche? Apa agaknya ole-ole dari Perak. Betul ke jawapan itu?
memang banyak beli pes tomyum, ni antara yg terbaik sebab tak perlu nak adjust sangat. Pandai dia teka, Perak. Tak ikutlah, kita pun banyak kerja dan bekerja ni ha.
DeleteKalau pes mmg dari negara Siam tu mmg kompem sedap!
ReplyDeletekan.. yg penting pastikan halal.
DeletePenangan tom yam bonda ya Iman. Ngam tu, nasi goreng dengan Tom yam. Fuh mantul.
ReplyDeletehahaha, thanks, PC
DeleteAlaaaa...terus kita terasa nak makan tom yam plak....aduhai...mana plak nak cari ni
ReplyDeleteSiapa sultan terkacak itu SK? Setahu Kak Amie sultan paling kacak di alam Melayu ialah Sultan Mansur Syah, di Zaman Kesultanan Melayu Melaka dulu hihihiiii.
ReplyDelete