MAKAN-MAKAN DI GRAND SEAFOOD SENIBONG

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum wbt

PETANG semalam, Sk tiga beranak memulakan perjalanan ke Ipoh. Seperti yang Sk beritahu sebelum ini, Iman akan menjalani Istiadat Konvokesyen setelah menamatkan pengajiannya di Politeknik Ungku Omar awal tahun ini. Sebelum tu, kami singgah di Jalan Duta, ambil Cikwa merangkap jurufoto rasmi yang dilantik secara tak rasmi, hahahaha.

Cerita pasal konvo yang belum berlangsung, kita ketepikan dulu. Kita cerita pasal makan, laaa.. macam tak biasa pulaklah. Blog Sk ni, kalau tak cerita pasal makan, memang tak sahlah, kan. Dah pulak disenaraikan antara The 40 Malaysia's Best Food Blogs .. hahaha.. bestlah sangat.


Ini kali ke 4, Sk ke Grand Seafood Senibong. Kali pertama dulu, semasa PKP ada Sk ceritakan DI SINI. Kali kedua DI SINI dan kali ketiga tu, semasa BERBUKA PUASA tahun ini. Kalau ikutkan, Sk adik-beradik merancang untuk membuat Majlis Hari Lahir Ibu di Grand Seafood tapi masa tu, Abang Jamal pulak masuk ward. Kemudian, dah rancang nak datang minggu berikutnya, Cik Ani, Zulaikha, Ilham dan Indah pulak posititif Covid 19, dahhhh semua kena kuarantin. Tak apalah, walau bukan majlis hari jadi, yang penting makan tetap makan, hahaha.


Deep-Fried Kerapu with Black Pepper Sauce. Selalu asyik masak Sweet Sour atau Steam Nyonya, kali ni kita ubah selera. Ikan tu walaupun digoreng tapi masih juicy. Sos lada hitam tu pun sedap, memang rekomen siapa yang datang Grand Seafood, sila pilih menu ni jika inginkan kelainan rasa dalam masakan. Kalau rasa tak nak goreng, boleh minta stim jugak tau.


Crab Chili.. haaa.. ni memang betul-betul sedap. Sos dia tu kalau Sk masak sendiri memang selalu tak nak jadi macam tu. Ketam besar dan banyak isi pulak tu. Lekalah masing-masing mengorek isi ketam, hehehe.


Antara menu yang win, Stir Fried Beef Cube with Black Pepper Sauce. Biasanya, Sk jumpa di mana-mana restoran, daging ni dihiris nipis tapi ni dipotong kiub sebesar ibu jari. Risau jugak nak makan takut liat tapi empuk ya dagingnya, Iman tanya, daging wagyu ke ni, bonda? Sedapnya. Sekejap jer licin pinggan daging ni, punyalah sedap.


Crispy Boneless Chicken with Honey Sauce ni pun sedap sangat. Ayam tu rangup dan gebu sangat. Sos madu tak manis, cukup rasa. Ni pun cepat licin, haha.


Fried Combination Rice in Stone Pot. Nasi goreng simple jer tapi sedap pulak. Selain nasi goreng, ada nasi putih jugak. Bagusnya nasi goreng ni, tak cepat sejuk sebab dihidang dalam periuk batu tu.


Peminat petai wajib cuba Wok Fried Sambal Petai with Prawn. Sk dah cuba banyak menu udang di GS ni, tak pernah tak sedap dan Sambal Petai ni memang antara yang win la.


Sauteed Mix Seafood with Malaysia Style. Memang stail Malaysia sangatla, ni macam Makanan Laut Masak Lomak Cili la yang menggabungkan makanan laut seperti udang, sotong dan kepah, sedapppp!


Pertama kali tau Sk jumpa sayur ni, namanya Ice Plant. Ice plant ni tak dimasak tetapi disirami sos lime yang sedap. Rasanya sejuk dan rangup, semua suka la.


Roti Mantou yang digoreng tenggelam. Tekstur kulit roti rangup dan isinya gebu. Boleh bayang tak bila kita celup dalam Chili Crab tu, haaaa.. sedap giler.


Last but not least katanya, tentulah ada pencuci mulutnya. Dessert yang disediakan adalah Jelly & Longan. Manis-manis buah dan sejuk jer lalu di tekak ni, hahaha.




Benarlah, dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain. Bahagia rasanya bila dapat bawa family makan besar macam ni 😍


Yang best lagi di sini, nak letak kereta boleh naik di tingkat atas, betul-betul depan restoran. Boleh tengok pemandangan. Boleh tengok negara jiran sebelah. Eh, jiran Seberang Tambak, kalau datang ke Johor, nak cari tempat makan yang best, bolehlah datang ke Grand Seafood ni, pasti tidak mengecewakan.

Grand Seafood
RT7-01-01, Stellar Walk
Jalan Persiaran Senibong
81750 Masai, Johor

Untuk pertanyaan dan tempahan
019 7377556


Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Okey kita dah masuk dalam wishlist kita tau...nanti kita refer sini bab menu...x sabarnya nak pi sana bulan 10 nanti...

    ReplyDelete
  2. Aduh! Ada mantou. SK... Kak Amie pernah makan mantou goreng di airport dekat Kalimantan. Makan dengan daging blackpepper. memang ada set mantao dengan lauknya sekali. Nak beli, takut basi pula bila sampai LD.
    Rezeki SK dapat jemputan makan. Moga tambah reeki, tambah pelanggan empunya restoran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap mantou goreng berbanding yg kukus, kan Kak Amie. Nanti sy nak cuba la cicah dengan black pepper sauce, mesti lagi mantol!

      Delete
  3. Congrats SK ❤️
    Rasanya PH belum ucap tahniah lagi atas pencapaian SK 😘
    Sikit punya banyak GS masak, mmg kena bawa 1 batalion tu nak habiskan :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, PH. Ya, kalau tak bawa 1 batalion, terpaksalah Sk sign kontrak majlis bandaraya. Tu pun tak sanggup rasanya, hihihi.

      Delete
  4. Wow...bukan kaleng-kaleng ni dapat jemputan dari big bos tu..

    Tahniah anakanda Iman walau bergelut dengan pengajian online dalam pendemik Covid..Akhirnya kejayaan milikmu jua...
    Tidak kira sama ada menyambung ke peringkat lebih tinggi atau memasuki pasaran pekerjaan...didoakan agar dimudahkan urusan dan terus cemerlang...amiinnn

    ReplyDelete
  5. SK nak masak jadi macam kat kedai kenalah pakai dapur macam orang kedai tu...berdesup apinya... dapur kita kat rumah alahai sendu je apinya

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!