MAKAN DI RUBI LAKSA PERLIS MANJOI

Seri Kandi Tanah Jauhar
10

 Assalamualaikum wbt

SEMALAM petang, Pak Inche ajak jalan-jalan cari makan. Menurutnya, ada sebuah kedai menjual Laksa Perlis di Ipoh ni. Menggunakan aplikasi waze, kami dibawa ke sebuah kawasan perkampungan melayu di Manjoi. Akhirnya, berhenti di hadapan sebuah rumah. Meja kemas bersusun dan sebuah keluarga sedang menjamu selera. Sebaik duduk, kami terus dilayan dan diambil pesanan.





Mangkuk laksa dihantar bersama sebuah bekas mengandungi ulaman laksa. Bubuh sendiri la berapa banyak suka. Sukalah Pak Inchenya. Oh, Sk berdua je, Iman keluar dengan kawan-kawan lepas ambil jubah, Cikwa tak nak ikut.





Pesan sepinggan cucur udang. Cucur udang utara dicicah dengan kuah kacang. Cucur udang Johor cicah dengan sos cili. 


Laksa Perlis lebih kecil berbanding Laksa Penang.


Sedap teruk!


Sk pilih Bihun Sup Utara. Sedap sangat supnya, nak nak pulak bila dinikmati bersama cabai merah tu. Sambal kicap turut disediakan.


Yang paling nikmat adalah suapan terakhir.

Rubi Laksa Perlis Manjoi

35, Kg Tok Pegoh
Kg Seberang Sungai Tapah
Manjoi, Ipoh

Buka setiap hari kecuali Ahad
1 pm - 6 pm

Waze Laksa Perlis


Post a Comment

10Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Siap boleh letak sendiri ulaman laksa tu memang menarik.

    ReplyDelete
  2. Banyaknya Pak Inche letak cili pada laksa.
    Bagus juga layan diri letak aksesori laksa.

    ReplyDelete
  3. Bestnya boleh letak sendiri nak banyak ke nak sikit ke.. tp kalau sy mmg akn pilih bihun sup utara... hehehe

    ReplyDelete
  4. Tudiaaa....telioq tengok mangkuk PI penuh ulaman...
    Eh,mangkuk SK pun telioq dengan mihun sup utara tu..ish...

    ReplyDelete
  5. Wah, lain kali pi Ipoh, boleh try. Peberet saya, cucur udang cicah kuah kacang. :)

    ReplyDelete
  6. Bab boleh letak sendiri ulam tu rasa nikmat sangat.. Best.

    ReplyDelete
  7. Wah, licin teruk! Adik saya kata kalau makan sampai licin, dipanggil Botak Chin hihihiii!

    ReplyDelete
  8. masuk sini x pernah x terliur...mesti terliur punya..adik ipar kits org perlis...mmg pndai buat laksa...sedap dan jadi permintaan sedara mara...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!