SAMBAL UDANG & TELUR KICAP

Seri Kandi Tanah Jauhar
3

 Assalamualaikum wbt


SEMALAM.. seharian berehat di rumah selepas kepenatan berkunjung ke Expo Maha 2022, rabu kelmarin. Walaupun penat, Sk merajinkan diri menggunting cili kering untuk buat stok pes cili dan bawang kisar. Tanpa bertanya pendapat sesiapa, Sk buat keputusan untuk masak Sambal Udang untuk makan malam. Lauk ni, jarang dapat bantahan, haha walaupun sebenarnya Iman minta dimasak lemak cili api. Sebabnya, tak ada kunyit hidup. Tak ada kunyit hidup, tak syoklah MLCA.


Sukalah Pak Inche dengar Sk masak Sambal Udang, bila dia balik ke rumah. Kemudian, dia minta gorengkan telur mata letak kicap. Dah ada sambal udang pun nak ada telur jugak. Kita pecahkanla telur dua biji dan tuang dalam minyak panas. Kicap kena curah semasa telur dalam kuali, bukan selepas ia diangkat, baru kicap meresap dengan telur. 

Makanlah tiga beranak penuh selera.
Syukur Alhamdulillah.

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Eh, samalah lauk. Sama- sama udang sama-sama telur, tapi kita telur dadar.

    ReplyDelete
  2. Baru tau kicap tu kena tuang masa dalam gorengan..
    Boleh cuba lepas ni..Nampak sedap betul

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!