SOTONG MASAK HITAM TAK HITAM

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum wbt

AKHIR-AKHIR ini hujan kerap turun. Semalam, hujan lebat sejak jam 11 pagi membawa bah ke beberapa kawasan utama dalam Bandaraya JB antaranya bangunan Wisma Persekutuan dan Hospital Besar. Ini pun hujan lebat lagi sejak jam 8 pagi. Hujan lebat tidak turun berterusan, tapi tiap kali ia turun, berdebar juga jantung. 


Pak Inche suruh masak sotong untuk lauk malam tadi. Sk cadangkan, Sotong Masak Hitam, dia terus setuju. Masak empat ekor sotong sahaja bermakna ada empat kantung dakwatnya. Tapi kantungnya tak mahu pecah bila dicampak dalam kuali. Dia jadi berketul sahaja, hitamnya tak keluar semua, padahal sotongnya masih segar lagi. Kuning tu sebab hasil perap dahulu sotong dengan garam dan kunyit sebelum dimasak hitam. Resepi Sotong Masak Hitam boleh tengok DI SINI.


Iman kata, boleh tak ambil sotong sikit, jangan masak hitam sebab Iman tak makan. Baik, yang sikit ni, kita buat goreng kunyit sahaja.


Sotong Masak Hitam tak hitam dan Sotong Goreng Kunyit.


Sotong Goreng Kunyit dan baki Sup Tulang Nakhon Si Thammarat. Makin sedap pulak bila dipanaskan. Ada lagi tulang dalam peti ais, SK suruh Pak Inche masak lagi, dia kata, yang tu untuk masak kari. Isk isk isk.
Tags

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Sedapnya, sejak sotong harga bukan main kayangan ni lama x beli sotong...Pak Zain pun dah pandai x beli kalau mahal...kalau tak tu..dia belasah je...

    ReplyDelete
  2. Hitam ke kelabu ke nampak sedap je SK :)
    Mlm tadi tonton berita JB banjir kilat, terus teringat SK. Alhamdulillah semua selamat ye.

    ReplyDelete
  3. kalau nak hitam lagi bolehlah curah kicap

    ReplyDelete
  4. Oooo agaknya kena pecahkan dakwat di luar kualilah tu SK.

    ReplyDelete
  5. Walaupun tak cukup hitam tapi pastinya cukup rasa tu kan..
    hihihi

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!