ASAM PEDAS AYAM TERCAIR

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum wbt

MASA pergi kantin PETANG SEMALAM, Kak Sab tunjuk sekuali Sambal Hijau yang dah siap dimasak. Nak buat lempeng untuk jualan sarapan esok (hari ini), kata Kak Sab. Teruja  Sk, pantanglah dengar perkataan lempeng, kan. Nak nak pulak, cicah dengan sambal hijau. Iman pulak cakap, sampai hati bonda tak tinggalkan Cucur Badak untuk dia, hahaha. Ingatkan tak minat. Jadi, pagi ni, SK goreng lagi CB yang tinggal lapan biji, empat biji SK bawa, makan dua biji dalam kereta, terus terkenyang nak beli lempeng Kak Sab. Nanti-nantilah, lepas MBQ (Majlis Membudayakan Al-Quran), kalau rajin barulah pergi kantin. Kalau tak rajin, kita tunggu makan tengahari sajo. CB pun ada lagi dua biji ni. Naza cuti hari ni kalau nak ajak berkongsi.


Kurang pekat kuah Asam Pedas Ayam yang SK masak minggu lepas. Terlebih masukkan air sebab nak lebihkan kuah, sekali cair daaa. Bukan saja cair, tapi tawar sikit, hahaha. Iman komplen, masak sendiri tak nak. Pulak tu lepas siap masak terus hidang. Esoknya Sk buat bekal, elok pekat sikit kuahnya. 


Ayam goreng wajiblah ada. Macam masa masak Ayam Sambal tuari, Sk guna Air Fryer. Sk perap ayam dengan garam dan kunyit dahulu. Sebelum masukkan dalam AF, lumur dengan sedikit minyak masak rata-rata, Hasilnya memang sama macam goreng dalam minyak tenggelam dalam kuali, hihihi.

Syukur Alhamdulillah.

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. rajinn mak buat asam pedas ayam tercair tuuuh., ;p

    ReplyDelete
  2. ayam kalau guna AG ok je rasa dia..tapi kalau ikan, walaupun lumur minyak, tetap rasa ikan bakar

    ReplyDelete
  3. Idea bagus juga tu, ayam masak asam pedas. Pehh..!

    ReplyDelete
  4. Kadang-kadang kuah asam pedas cair pun sedap kalau cukup rasa. Boleh hirup kuahnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...kena pula camper dengan jeruk sawi..pergh..boleh hirup

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!