Assalamualaikum wbt
SEBELUM bertolak ke KL semalam, Pak Inche mengajak singgah bersarapan pagi di sebelah taman. Bukan Pulai Makmur atau Pulai Mutiara tetapi Flat Kangkar Pulai iaitu rumah lama kami sebelum tinggal di rumah sekarang. Menurut Pak Inche, selalu nampak orang ramai bersarapan setiap kali lalu lepas balik dari Pasar Tani hari Ahad. Pak Inche ni memang kegemarannya suka berjalan-jalan tengok tempat orang, hehehe.
Sampai-sampai jer, Pak Inche terus ke kaunter Roti Canai. Dengan Iman sekali, pesan roti canai tapi Pak Inche pesan roti telur. Aisehhh.. apa barang la makan roti canai.
Sk dan lontong tidak dapat dipisahkan. Lontong sedapppp.. rekomen!
Haaa.. dah tak payah memandu sampai ke Muar untuk bersarapan sate. Rempah satenya sedap cuma ia daging semata, tak ada lemak-lemak, heheheh.
Gerai luas dan selesa, parkir luas juga. Layanan pantas dan mesra.
Total makan :
1 keping roti canai
1 keping roti telur
1 mangkuk lontong
10 cucuk sate
1 gelas kopi ais
1 cawan nescafe panas
1 cawan teh o
RM22.50
Dah sama macam harga mas kahwin negeri Johor, hehehehe.
mas kahwin pahang pun sama... standard harga sarapan je
ReplyDeleteMeriahnya sarapan dia. Kena naikkan jumlah mas kahwin.
ReplyDeleteLontong dan SK berpisah tiada..hihihi
ReplyDeleteuitm..dah mengira mas kahwin tu..hihihi
Betullah... SK dan lontong mmg selalu ada... x sah gambar bekfes xde lontong... hehehe
ReplyDeleteMenariknya sarapan tu ha....alaa....rugi la satay xde lemak2....ada lemak2 baru la best kan..
ReplyDelete