MAKAN DI BANANABRO PJ

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum wbt

HUJAN eh Key Ell petang ni. Agaknya, hujan-hujan macam ni, orang Key Ell buat apa ya? Mesti tengah zzz tambah-tambah hari sabtu ni, hihi. Sebenarnya, Sk tiga beranak baru sampai KL, esok Pak Inche ada program Malaysia Hari Ini di Sri Pentas. Hah, jangan pulak tunggu Pak Inche muncul, dia dok belakang tabir jer tu. Dah dua minggu berturut-turut kena out station, jadi hari ni dia mintak Sk jadi supirrrrr. Sayang punya pasal, kita turutkan. Siapa tak sayang laki uiiit.


Dua beranak ni, nak makan Nasi Daun Pisang. Iman cadangkan Bananabro yang viral di Tik Tok. Zaman Tik Tok katakan. Ini pertama kali Sk memandu dari JB sampai PJ. Selepas habis pusingan, akhirnya dapat parkir. Cuaca pun Alhamdulillah, masa ni elok sangat bagai merestui niat kami nak makan nasi daun pisang, hihi.


Bagi yang datang ramai-ramai, bolehlah ambil set kombo ni. Set ni dah ada lauk-lauknya.


Ada juga set Nasi Briyanis.


Bagi set Nasi Daun Pisang, boleh ambil Craving Set ni yang lengkap dengan nasi putih dan tiga jenis sayuran. 


Lauk-pauk untuk dipilih.


Sayur-sayuran. Ada peria goreng dan salad timun. Yang satu lagi tu, keledek lecek kot ala-ala kentang masala.


Daun pisang dibentang atas meja, kemudian pelayan yang cedukkan lauk terus ke atas daun pisang.



Nasi, tiga jenis sayur dan sekeping papadom ni RM9.90. Pak Inche tak sabar tunggu dorang curah kuah kari, hihi.


Lauk yang dipilih ialah semangkuk kecil Ayam Varuvel (RM7.90), semangkuk kecil Kambing Varuvel (RM11.90) serta dua ketul ayam goreng (RM15.80).


Dah lama tak makan Nasi Daun Pisang. Kalau di JB, nak makan NDP ni, kami akan ke Ashoka Curry House di Jalan Dapat. Kalau ke cawangannya di Adda Heights, tu makan atas pinggan bentuk daun pisang, hehehe.



Restoran Daun Pisang 5 bintang, harganya pun berbintang-bintang juga. Tapi, bagi Sk, masakannya tiada rasa dan jiwa dan tidak sampai ke hati. Gaya jer lebih, hihi. Salad timun tu ke yang berair sampai kuah jadi tawo, huhu. Tapi, memang bagi Sk, tak ada rasa, kalau setakat nak lepas gian makan Nasi Daun Pisang, bolehlah. 

Waze jer

Bananabro Petaling Jaya

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. tengok cara hidang tu menarik kak.. apatah lagi ada daun pisang tu kan.. dan memang itu watak utamanya..

    ReplyDelete
  2. Menarik ni, hidangan atas daun pisang. Gaya makan ikut tradisi. Gaya masakan tak sampai ke hati ye SK. Takpe, yang penting makanan sampai ke perut...huwaaaa!

    ReplyDelete
  3. Dapatlah rasa macam mana kan?
    Untung Iman minta cuba di sini, permintaan ditunaikan.

    ReplyDelete
  4. Uit ...ada kat Key El ke?
    Semalam kita berulang alik beberapa kali ke blog dia...tak nampak update..
    Dalam hati meneka ..ke Ipoh konvo Iman la agaknya..
    Eh,rupanya dia mai Keyel..Ada kat sini lagi ke SK?

    ReplyDelete
  5. Boss pernah belanja makan NDP area PJ gak tapi SA lupa nama kedainya...ramai ckp kat sini x best..x pure la kata diorang..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!