SUP TULANG NAKORN SI THAMMARAT

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum wbt

HUJAN-HUJAN ni best kan kalau dapat makan nasi putih saja-saja dengan Sup Ala Thai yang masam, masin dan sedikit manis. Tiber teringat belum lagi kongsi resepi Sup Tulang Ala Thai yang dimasak Pak Inche, Ahad tuari. Tulang macam selalu la, beli kat Pasar Tani, tak silap dah beli minggu lepas khas untuk masak Sup Ala Thai katanya. Resepi dapat dari fb. Camtulah Pak Inche kita, manjang belek resepi dan cari tempat makan viral, hahaha. Tengok perut la kannn...


Sk cuma tolong kacau-kacau aje. Iman kata, babah dah tungkus lumus dari tengahari kat dapur. Siap ada kerahan tenaga ajak Iman buat sambal belacan sama-sama nak makan dengan Sup Siam, hahaha. Jenuhlah anaknya menolong, jangan tahu nak minta macam-macam aje. Kalau tak, siap la kena ungkit siap dengan ugutan, hahaha. Eh, mehlah Sk kongsi resepi, jenuh tau salin dari video. Yang sedap kenalah kongsi, gituhhh.

Sup Tulang Nakorn Si Thammarat

Bahan-bahan :

500 gm daging/ tulang lembu
10 ulas bawang putih ditumbuk
1 tomato potong kecil
2 batang serai diketuk
1" halia dihiris
3 hiris lengkuas
2 - 3 batang akar ketumbar
2 kuntum bunga lawang
1 batang kayu manis
5 biji buah pelaga
Air secukupnya
1 biji bawang holland potong baji
1 tangkai batang celery potong serong
4 - 5 helai daun limau purut
Jus limau nipis atau cuka secukupnya
Sos ikan secukupnya
Garam dan gula secukupnya
Tomato Ceri (Sk tak letak)
Daun ketumbar untuk ditabur dalam sup

Cara-cara :

1. Panaskan kuali, letak sedikit minyak masak (tak letak pun boleh).

2. Masukkan daging dan tulang, balik-balikkan sedikit hingga bertukar warna.

3. Masukkan bawang putih, tomato, serai, halia, lengkuas, akar ketumbar, bunga lawang, kayu manis, buah pelaga dan air secukupnya hingga tenggelam tulang. 

4. Tutup periuk dan renihkan sehingga daging empuk.


5. Bila daging dah empuk, masukkan bawang holland, batang celery dan daun limau purut.

(Sebab suka pedas, Pak Inche tambah cili padi diketuk)

6. Kemudian, perahkan Jus limau nipis atau cuka secukupnya sehingga mendapat rasa masam yang sepatutnya.

7. Masukkan juga sos ikan, garam dan gula secukup rasa. 

8. Akhir sekali masukkan tomato ceri (Sk tak letak).

9. Tabur daun ketumbar sebelum dihidangkan.


Telur Dadar by Pak Inche. Macam kat kedai tak?


Sambal belacan hasil kerjasama anak bapak,  macam nak buat bersiram, hahaha. Tapi, makan sup macam ni, sambal kena banyak, baru 'kick'!!

Syukur Alhamdulillah 🥰


Nota : Setelah dirujuk dalam carian google, ejaan sebenar bagi Nakorn adalah Nakhon. Nakhon Si Thammarat ni merupakan nama sebuah wilayah di Thailand. Sk taip Nakorn sebagai merujuk resepi asal dari Facebook SEDEKAH RESEPI.


Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Kalau udah ada siam-siamnya ni memang sedap sangatlah rasanya SK.

    ReplyDelete
  2. Selalu sup biasa. Sesekali ubah selesa sedap juga ni.

    ReplyDelete
  3. Ooo... nama tempat, rupanya. Baik. Tima kasih, SK, share resepi. :)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!