Assalamualaikum wbt
MEMANDANGKAN tak sampai hati nak menolak ajakan Pak Inche untuk ikut dia ke KL, SK pasrah jugaklah ambil cuti semalam, padahal, hari Khamis dan Ahad minggu depan, dah pun mohon cuti jugak dan dah diluluskan. Klien Pak Inche akan muncul dalam Malaysia Hari Ini hari Ahad, jadi pagi Ahad tu, Pak Inche dah keluar ambil grab ke Sri Pentas. Macam biasa, jika ke KL atas urusan kerja, kami akan menginap di Cititel Midvalley. Di sini, parkir boleh gunakan vallet iaitu RM15 sehari atau parking dalam bangunan RM5 sekali masuk guna kad T&G.
Petang hari sampai, hujan melanda Kuala Lumpur. Nak jalan-jalan keluar, takut sangkut jem atau banjir, jadi kami ke Midvalley sajalah yang bersambung dengan Cititel. Kebetulan pulak, la.. di sana sedang berlangsung Expo Anime di MVEC tu. Ramailah watak-watak anime sedang bergentayangan dengan macam-macam wajah yang cute dan menakutkan pun ado, hahaha.
Sekarang sedang berlangsung jugak Perayaan Kuih Bulan, kan. Memang sungguh meriah sampai jalan pun kena mencelah-celah. Sk ingat nak makan di Hanamaru Udon tapi masih kenyang makan di Bananabro tu.
Pak Inche kata, tapau kebab jer la untuk makan malam. Lepas tapau kebab dan burito, kami ke Aeon Big beli jus sebab tak cukup pulak air di bilik hotel tu. Tak adalah gambar kebabnya, malas nak snap, hihi.
Esoknya tu,.. Sk ajak Cikwa datang sarapan sekali. Harga buffet sarapan di Citi Cafe cuma RM25 sahaja pada hari minggu. Tak silap, weekdays RM21. Jadi, kita payunglah Cikwa sebab Sk dan Iman dah dapat pakej sarapan bilik.
Cheat Day la gituuuu. Rugi kot nak diet. Boleh tahan la sarapan kat sini walaupun tiga bintang jer hotelnya. Dah pukul 10 lebih pun, staf tetap tambah mana-mana yang kurang. Jus ori bukan kordial, juga pilihan minuman panas, balck coffee, teh tarik, mocha dan milo pun ada. Yang lagi penting, sebelah Midvalley.. hehehehe.
Awal tahun 2000an, ikut kursus di Federal Hotel. Dekat dengan Midvalley kalau tak silap. Setiap petang selepas habis kursus lepak situ. Eh...dekat 29 tahun telah berlalu!
ReplyDeleteMasa terlalu cepat berlalu dalam tidak kita sedari, kan Kak Amie.
DeleteHey SK...semalam kan..SA pun ada kat MV....kalau tau kita dah halo2 awak dah....SA stresss semalam parking xde...last2 Haidy ajak makan kat Madam Kwan...punya la ramai manusia...shopping kejap beli baju kerja pas tu kami balik...hehehehe....
ReplyDeleteAisehhh... kalau tak, boleh minta Haidy belanja kat Madam Kwan sekali, hihi
DeleteUittt...kalau tau kita pi naik train menyelinap minta payung breakfast juga🤣
ReplyDeletetu la.. ingat nak bagitaw jugak, nak soh bawak semprit dahlia, hihi
DeleteAduiii..kalau habaq ...in sha Allah jadi rezeki sebab memang ada stok sebalang panjang..huhuhu
DeleteSK...Bila tarikh Iman konvo?
Kita yg dok KL ni pun tak pernah try lagi buffet di Cititel tu. Dah setel Hal rumah ni nanti bolehlah berjimba di situ :)
ReplyDeletebiasanya macam tu la, PH. Orang jauh2 la yg sampai, haha.
DeleteSalam sis. Nak tanya parking macam mana kalau naik kereta sendiri? Saya dengar parking paling dekat dengan hotel tu di zon A dalam midvalley. Betul ke?
ReplyDelete