Assalamualaikum wbt
LEBIH seminggu lepas, Kak Imah hantar satu link pada Sk tentang sebuah restoran yang menghidangkan masakan belangkas di JB. Oh, tak sangka pulak Sk, rupa-rupanya, ada jer restoran yang ada masakan belangkas di JB. Dulu, jika nak makan belangkas, Sk ke Kota Tinggi. Itupun selalunya kecewa sebab belangkas habis walaupun datang tengahari. Mujurlah dapat makan Belangkas Lemak Cili Api masa ke Muar beberapa bulan lepas.
Taklah nak makan sangat, tapi nak tunaikan hajat anak tekak kawan, manalah tahu kalau dia mengidam, kan. Di pejabat, Sk antara yang familiar dengan jalan-jalan di sekitar JB ni. Berani meredah la gitu dekat ceruk mana sekalipun. Sk sejak remaja dulu pun agak berani. Apadehal duduk makan sorang di kedai. Tengok wayang seorang pun pernah. Cuma bab tidur hotel seorang jer la masih penakut. Masih ingat lagi, semasa berkursus, tidur hotel seorang, semua suis lampu Sk hidupkan dengan tv sekali, hahaha.
Jadi, cerita pasal belangkas tadi, kelmarin, Sk bawalah Kak Imah dan Ain pun nak ikut sekali ke restoran yang kononnya menjadikan belangkas sebagai signature menu di restorannya. Papan tanda sebesar tidak ya ada perkataan belangkas. Tapi, nan hado! Indah khabar dari rupa. Belangkasnya baru sampai, alasan pekerja, walaupun masa tu dah hampir 12.30 tengahari. Belangkas ada tapi tukang siang dan masaknya tak ada ke apa, tak fahamlah. Yang pasti, tak boleh pesan belangkas. Tanya asam pedas, pun tak ado. Dalam menu, kemahenlah ada Asam Pedas Telur Mayong la. Tapi, cuma ada masakan goreng-goreng aje macam nasi goreng. Sk pun mulalah memetir membebel kat situ. Eh, baiklah kami pergi makan di Medan Selera jer gituhhh.
Tengok Ain dan Kak Imah dah blurrr nak makan apa. Dok selak buku menu depan belakang depan belakang macam cari jawapan periksa. Jadi, Sk ajak pergi tempat lain. Teringat Rumah Mas yang jaraknya hanya lebih kurang 300 meter, Sk pun hidupkan enjin kereta semula dan menuju ke Rumah Mas. Tuuuuu dia, punya panjang sejarahnya nak ke Rumah Mas ni, hihihi.
Dulu, zaman pkp sebelum dibenarkan makan di kedai, Sk selalu pesan Nasi Daging Utagha Rumah Mas ni. Ini pertama kali la Sk makan di Rumah Mas. Selalu jugak nampak Mas iklankan Nasi Kerabu Dulang di Ig tapi tak pernah beli jadi terlanjur dah ada di RM, Sk pesan Nasi Kerabu Ayam Bakar. Ayam Bakarnya lembut dan garing dengan curahan kuah percik. Budu dan sambal diletak berasingan, ulamnya cuma hirisan kubis dan kacang panjang serta salad, keropok dan telur masin. Ia tak mengecewakan tapi Sk lebih suka dengan hidangan Nasi Kerabu di Teh O Ais 50 Sen. Nasi Kerabu Kak Yah Kampung Pasir, jangan dibandingkan pulak sebab yang itu, memang tiada tandingannya, hehehe.
SK cerita belangkas, teringat zaman remaja dulu selalu kuyip belangkas di sepanjang pantai Jeram, dapat berkarung-karung. Balik rumah panggang belangkas, ambil saja telurnya makan cecah air asam.
ReplyDeleteBab tidur hotel tu, kita pun takut tido sorang-sorang. Bukan apa, terbayang bila bangun sudah berada di tempat lain huhuhuuuu!
Sy masih ingat masa kecik dulu, ibu bakar belangkas depan rumah. Tapi katanya, budak2 tak boleh makan, hihi. Elok aje pun nampaknya Kak Amie makan belangkas tu masa remaja ya, hihi. Mesti orang tua dulu takut telurnya tak cukup, hahahha.
DeleteSK sebut belangkas...cari gak gambar belangkas sekali baca balik betul2 takde rupanya......DHM tu nampak sedap la SK....
ReplyDeleteDaging tu lembut, tapi Sk tak jumpa kesedapannya yg wow.
DeleteAlahai kempunan hendak makan belangkas. Pelik kedai itu menu asam pedas pun takdelah padahal tertulis dalam buku menu.
ReplyDeleteSaya suka talam suji. Lama tidak makan.
Betul Na, padahal, muka surat pertama dah tulis Asam Pedas, tapi tak ada bahan, hahahaha. Talam suji tu sedap, tapi Talam Sarawak lebih berbaloi, kot.
Deletemahal jugak la makanan di sini. Tapi jika sekali-sekala boleh la makan.
ReplyDeleteBukan biasher2 regenya, Abamkie 😂
DeleteUncle peminat laksa johor!
ReplyDeleteBolehlah jadi geng!
DeleteYa ampun...
ReplyDeleteSemua nampak sangat lah sedapnya...
Rasa nak masuk dalam ini post untuk makan bersama
Hahaha.. kalau masuk post ni, muka takleh bersinar 🤭
DeleteSedapnye lontong..aduhhh
ReplyDelete