Assalamualaikum wbt
TENGAHARI semalam, ibu telefon. Selalu, hari khamis memang ibu akan telefon dan tanya sama ada Sk akan ke Senai atau tidak. Kemudian, ibu tanya lagi, nak makan tak, ibu nak masak nasi lemak. Sk terus setuju nak makan. Ibu pesan, jangan beli apa-apa. Sk jawab, okay, padahal Sk dah pesan Kak Sab, buatkan Talam Berlauk. Okeylah tu, Talam Berlauk dengan Nasi Lemak.
Wow, ibu masak Sambal Udang untuk dilawankan dengan nasi lemak siap telur rebus. Ibu Sk memang suka memasak dan suka menjamu. Kalau nak tengok dia sihat, biar je la dia nak masak, jangan kata tidak.
Nasi Lemak, Sambal Udang dan Telur Rebus. Iman siap bertambah, lama tak makan nasi lemak nenek, katanya. Kemudian asyiklah memuji keenakan nasi lemak nenek. Ibu bungkuskan jugak untuk anak menantu. Kemahen, licin sepinggan besar nasi lemak dimakan Pak Inche.
Dua tiga hari sebelumnya, Sk pesan Talam Berlauk seloyang kecil dengan Kak Sab. Kalau kebuntuan nak bawa apa ke Senai, minta saja bantuan Kak Sab untuk masakkan. Penuh daging Talam Berlauk Kak Sab.
Lembut tapi tak lembik. Arwah abah paling suka makan Talam Berlauk. Kami anak-beranak memang mengikut la apa yang orang tua ajar makan. Ibu dan Abang Jamal pun berulang menyuap ke mulut sebelum dan selepas makan nasi lemak. Pak Inche dan Iman tak minat, Sk la tukang perabeh kat rumah ni, hahahaha.
tak pernah mkn talam berlauk
ReplyDeleteSedapnya talam berlauk..SA suka...lagi satu suka talam keladi...
ReplyDeleteSedapnyaaa.. penuh isi....
ReplyDeleteSedapnya nasi lemak tu, apa lagi kalau ibu masak dgn kasih sayang :) Air tangan ibu mmg sentiasa sedap. Dia goreng telur pun sedap dari yg kita goreng sendiri :P
ReplyDeleteSedapnyaaaaa.....pekena dengam kopi O panas
ReplyDelete