Assalamualaikum wbt
SEJAK berkhidmat dalam bidang pendidikan selama 26 tahun, bertugas pada Majlis Konvokesyen bukanlah perkara yang mudah. Selain bertugas sebagai usherer majlis, pernah juga beberapa kali Sk membawa tugas berat sebagai pengacara majlis. Tak pernah dibayangkan suatu hari nanti, Sk akan duduk sebaris dengan ibubapa lain menyaksikan anak sendiri naik ke pentas menerima sekeping diploma yang dinanti-nanti selepas dua tahun berada dalam pandemik covid 19.
Sidang kelima juga sidang terakhir Istiadat Konvokesyen Politeknik Ungku Omar kali ke 50, disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato' Haji Md Nor bin Yusuf, Mantan Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti serta Mantan Pengarah Politeknik Ungku Omar dan Yang Berusaha Ts Haji Muhammad Ibrahim bin Hussain, Pengarah Urusan Sigma Rectrix Systems (M) Sdn Bhd bertempat di Dewan Jubli Perak, Politeknik Ungku Omar.
Iman kini merupakan pemegang Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital), Politeknik Ungku Omar yang merupakan politeknik premier juga politeknik tertua di Malaysia.
Satu pencapaian dalam hidup apabila menerima Pingat Ketua Jabatan atas usaha meraih CGPA 3.5 ke atas.
Bapak siapalah ni??
Sejambak dahlia dari Cikwa dan sejambak coklat dari Cik Ani dan Ibu (Angah).
Yang paling besar tu tentulah dari bonda dan babah.
Biras Sk, Kak Maznah, komen dalam grup, cantik tema Rose Gold.
Iman dan Cikwa. Lantik Cikwa jadi fotografer tak rasmi, hahaha.
Iman dan kawan-kawan satu batch dan satu bilik. Iman tentulah yang paling comel, hehe.
Gambar Pra-Graduan.. selepas ambil jubah, sehari sebelum majlis sebenar.
Tahniah anak-anak, ingat.. ini adalah permulaan.
Semoga lebih berjaya di masa-masa akan datang.. InsyaAllah.
Boleh baca kisah Hari Pendaftaran Iman di PUO DI SINI.
Tahniah Iman, Tahniah juga buat SK dan PI, rasa macam sekejap aje Iman belajar kan...semoga terus success dalam apa jua bidang diceburi Iman....
ReplyDeleteTahniah dak Iman...
ReplyDeleteTahniah juga bonda dan babah..
Anak nak konvo memang seronok hanya Allah yang tahu kan..Kalau saya la punya berdebar dan excited macam nak terima menantu kan..🤭
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteTahniah Iman on your convocation ya...seronok baca blog SK...tetiap pagi wajib baca posting SK...
ReplyDeleteMeriahnya!
ReplyDeleteWajah Iman berseri-seri. Wajah ayah bondanya lagilah nampak bahagia!
Moga Iman terus berjaya dunia dan akhirat.
Alhamdulillah tahniah Iman & parents-nya juga 💐
ReplyDeleteMeriah gambarnya, memang kena dgn tema gold tu. Terbaiklah!
Tahniah Iman..semoga berjaya di masa depan...meriah majlisnya...
ReplyDeleteTahniah atas graduasi!
ReplyDeleteTahniah Iman...kejayaan ank yg diimpikan mak ayah...meriah byk dpt belon tu
ReplyDeleteAlhamdulilah, tahniah Iman.. all the best Iman untuk perjalanan seterusnya...
ReplyDeleteWah! Tumpang bangga! Tahniah iman!
ReplyDelete