PESTA PASTA CHEESE & MUSHROOM

Seri Kandi Tanah Jauhar
3

 Assalamualaikum wbt

DAH lama tak berpesta dengan pasta di rumah Sk ni, kan. Hari-hari makan nasi. Hampir setiap hari jugak makan di rumah. Kalau dulu, seminggu, tiga empat kali makan di kedai, sekarang lebih rajin memasak. Kadang, lauk yang sama, masak lebih dan panaskan kembali untuk makan esoknya. Kadang, beli bungkus. Apa-apa jer, janji kenyang rakyat jelata, hahaha.

Dua tiga hari ni, Pak Inche bertugas di luar kawasan. Jauh kali ni, tapi taklah lama perginya. Teringat lama tak masak spaghetti. Whatsapp Iman, nak ke makan spaghetti, dia kata okey. Lagipun siang dah makan nasi berlambak dengan Asam Pedas Ikan Mayong yang Sk tapau dari kantin. Sekarang, kalau nampak ada lauk kegemaran dia kat kantin, bungkuskan untuk Iman. Nanti esoknya dia panaskan untuk makan tengahari.


Suruh Iman tengok, spaghetti ada stok tak? Dia kata ada. Tapi masa nak masak tu, ada secekak aje, sepertinya tidak cukup untuk menampung perut dua orang, hahaha. Jadi, Sk rebus sekali ribbon pasta yang entah stok zaman bila, hihihi.


Dah siap rebus spaghetti, eh, banyak pulak rupanya. Tak apa jugak, boleh Iman panaskan untuk makan hari ni. Ribbon Pasta tu, wassalammm.


Sosnya nak kata carbonara, macam bukan. Sk gabungkan sos prego dalam tin berperisa Mac & Cheese dengan satu tin Wild Mushroom Soup. Mula-mula, Sk goreng dulu sosej dalam sedikit minyak masak, kemudian terus masukkan sos prego dan mushroom soup. Tambah sedikit air, agak-agak tak masin... kemudian kacau hingga mendidih.


Kemahen pesta pasta dua beranak. Kalau ada Pak Inche, kena tambah Chicken Chop atau Lamb Grill, hehehe.


Mangkuk Sk. Ni mangkuk yang pertama la, adegan seterusnya, tak perlulah diceritakan. Bayangkan sajo.. hahahaha. Malam ni tak masak kot, sebab esok, Sk pulak nak berjalan jauh, hihihi. Sk fikir, nak bungkus Bubur Nasi Istimewa No 1, jer. Tanya Iman, dia pun terfikir benda yang sama, hahaha. Tapi, teringat pulak ada pasar malam, boleh beli Laksa Johor ke, lempeng ke, ubi rebus ke, cempedak goreng ke.. heheheheh.

Syukur selalu 🥰

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Rakyat jelata tu macam ramai je haha...
    Kita pun ada beli sos carbonara smlm, tunggu masa je nak masak hehe

    ReplyDelete
  2. PC suka.. tapi encik suami kurang.. kalau masak gini.. tak syok makan sendiri sebab tak ada persaingan.. kikiki.

    ReplyDelete
  3. Baru sehari dua ni berangan dan berpesta pasta. Pesta di sini dululah.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!